Tanjung Rambutan

Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil di daerah Kinta yang terletak di timur laut bandar raya Ipoh di negeri Perak, Malaysia. Ia terletak pada koordinat 4° 40' 0" Utara, 101° 10' 0" Timur. Jaraknya pekan ini dari Ipoh adalah 15 kilometer. Antara tempat yang berhampiran ialah Taman Sungai Kinta, Kampung Masjid, Kampung Kola, Taman Sun Brite Jaya , Taman Permai Jaya, Sungai Cho, Kampung Melayu, Kampung Tersusun Batu Lapan, Taman Bahagia, Taman Mujur, Taman Utama, Taman Kinding Raya dan lain-lain. Tanjung Rambutan juga berdekatan dengan Bercham,Tambun, dan Chemor.


Sungai Kinta mengalir melalui bandar Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak.

Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan

Tanjung Rambutan biasanya dikaitkan dengan 'orang gila' kerana pekan ini menampung Hospital Bahagia, salah satu hospital kesihatan mental yang terkenal di Malaysia. Hospital Orang Gila ini dibina pada 1911. Hospital Bahagia ini berhampiran dengan Stesen Kereta api Tanjung Rambutan .Kini ia dinamakan Hospital Bahagia Ulu Kinta. Oleh itu, penduduk-penduduk Tanjung Rambutan lebih senang dengan panggilan Hulu Kinta kerana pekan ini terletak di hulu Sungai Kinta.

Pada tahun 1941, terdapat 5000 pesakit . Kini ia mempunyai 2600 katil.

Tarikan

Kini Tanjung Rambutan semakin menarik perhatian orang ramai kerana barang-barang lelongnya yang murah serta kesempatan untuk mengunjungi Hospital Bahagia yang juga didatangi oleh pelatih-pelatih yang menjalankan latihan praktikal. Selain itu, di Tanjung Rambutan Ulu Kinta ini terdapat pusat kegiatan pendidikan seperti Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan Hulu Kinta, Markas Briged Utara Ulu Kinta (dari 69 Komando PDRM) dan juga Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) juga terletak di sini.

Di sini juga terdapatnya air terjun Tanjung Rambutan sebagai tarikan pelancong dan penduduk setempat selain merupakan penempatan bagi Orang Asli kerana di sini adalah kawasan bukit bukau. Ia menjadi laluan untuk sampai ke Gunung Korbu iaitu gunung yang tertinggi di negeri Perak. Stesen Kereta api Tanjung Rambutan juga terdapat di sini. Kereta api ini menuju ke Butterworth atau Padang Besar di utara. Mereka juga boleh ke Kuala Lumpur dan Johor Bharu di selatan melalui kereta api. Namun, stesen ini tidak beroperasi seperti dahulu di sebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dikenal pasti. Oleh sebab itu, stesen KTM ini dijadikan gerai makan yang pelbagai dan murah bagi mereka yang inginkan makanan yang lazat dan harga yang berpatutan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan terletak di utara bandar Tanjung Rambutan. Di utara juga terdapat beberapa buah kolam yang berasal dari bekas lombong. Tambahan pula, perkhidmatan ATM seperti Bank Simpanan Nasional juga boleh didapati di daerah Hulu Kinta ini. Hal ini disebabkan oleh penuntut yang banyak dari Institut Latihan Kerajaan.

Di sini juga terdapatnya masjid,kuil,tokong dan gurwara yang menandakan penduduknya kini berbilang kaum iaitu, Melayu,Cina,India dan Sikh.Penduduknyan berjumlah 30,000 orang.

Lihat juga

  • Gambar sekitar Tanjung Rambutan
  • Peta Tanjung Rambutan[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan • Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category