Pulau Banding

Pulau Banding terletak di Tasik Banding / Tasik Temenggor iaitu Empangan Temenggor di Lebuh raya Timur Barat antara negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Luas pulau ini ialah 240 hektar.

Perkampungan orang Asli

Pulau Banding terhasil daripada tenggelamnya kawasan hulu sungai untuk membina empangan . Sebuah kuarter kerajaan untuk kaki tangan Jabatan Hal ehwal Orang Asli telah dibina di sini. JHEOA ditugaskan untuk menjaga hal ehwal 1632 Orang Asli di sini .

Antara perkampungan Orang di sini ialah :

  • Kampung Orang Asli Pos Kemar
  • Kampung Orang Asli
  • Perkampung orang Asli Sungai Tiang
  • Kampung Semelor
  • Rancangan Penempatan Semula Air Banun

Orang Asli dapat peluang pekerjaan di Belum Rainforest Resort. JHEOA Hulu Perak dan Baling mengenalpasti kanak-kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran peringkat awal kanak-kanak pra sekolah, kesedaran kesihatan dan peluang-peluang pekerjaan .Mercy Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Perak, Malaysian Medical Association Foundation dan syarikat Educate To Learn Sdn Bhd menjalankan program pembelajaran awal kanak-kanak.

Orang Asli akan menjadi pemandu pelancong, menjual hasil kraf tangan serta melakukan pertujnjukan kebudayaan. Remaja orang Asli menubuhkan kumpulan kugiran dan dipersembahkan kepada pelancong yang datang.[1]

Habibat flora dan fauna

Di sepanjang lebuh raya ini ada papan tanda 'Awas, Gajah Melintas'. Memang ada gajah melintas terutama pada waktu malam. Tahun-tahun 1994 tahi-tahi gajah bertaburan di atas jalan raya. Beberapa orang guru yang mengambil air sembahyang pada waktu subuh terserempak dengan 4-5 ekor gajah pada tahun 2003. Perjalanan pada waktu malam di Lebuh raya Timur Barat tidak berapa digalakkan kerana terlalu sunyi , tidak ada kereta lalu lalang.

Pintu masuk ke Hutan Belum

Pada 31 Julai 2007, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dari Kumpulan Syarikat Emkay (Emkay) menyatakan Pulau Banding akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan utama dunia dan selaras dengan dasar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) .

Pulau Banding dibangunkan sebagai pintu masuk ke Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, merangkumi kawasan Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Tempoh pembangunan antara 10 ke 15 tahun dengan kos RM600 juta . Antara yang akan dibina ialah chalet, jeti bot, pusat maklumat, restoran dan pusat penyelidikan dalam projek pembangunan tiga fasa.

Banding Island Resort bertaraf enam bintang dibina dengan kos RM54 juta. 120 buah bilik siap pada 2010.[2]

Telekomunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan perkhidmatan talian selular dan talian tetap . Pengerusi SKMM Datuk Dr Halim Shafie menyatakan bahawa SKMM akan memasang perkhidmatan talian tetap untuk akses kepada internet bagi kemudahan para pengunjung .

Penyelidikan

Pulau Banding Rainforest Research Centre bekerjasama dengan Usains Holding dari USM menjalankan penyelidikan kepupusan ikan tremoleh dan ikan kelah di Tasik Banding. Ikan air tawar adalah sumber protein bagi masyarakat orang Asli.

Sila lihat

Rujukan

  1. ^ Pembangunan Pulau Banding Beri Limpahan Nikmat Kemajuan Kepada Masyarakat Orang Asli[pautan mati kekal]
  2. ^ Usaha Bangunkan Pulau Banding Sebagai Destinasi Ekopelancongan Tepat[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Bendera Negeri Perak Perak Darul Ridzuan Lambang Negeri Perak
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category