Anjing pemburu rakun

Seekor anjing pemburu rakun Redbone betina

Anjing pemburu rakun atau coonhound[a] ialah sejenis anjing pemburu bau, iaitu anggota kumpulan hound. Ia merupakan jenis anjing pemburu Amerika yang dikembangkan untuk pemburuan rakun dan juga untuk babi jalang, bobcat, kugar, dan beruang. Terdapat enam baka anjing pemburu rakun berlainan.

Sejarah

Pada zaman kolonial, hound diimport ke Amerika Syarikat untuk sukan popular pemburuan rubah. Pelbagai baka anjing pemburu rubah dan hound pemburu lain diimport dari England, Ireland, dan Perancis.[1]

Anjing pemburu rubah didapati tidak cukup untuk pemburuan haiwan Amerika yang tidak bersembunyi dekat dengan tanah, tetapi sebaliknya memanjat pokok, seperti rakun, oposum, bobcat, dan malah mangsa lebih besar seperti kugar dan beruang.[2] Anjing tersebut kerap keliru atau tidak dapat berpegang pada bau apabila ini berlaku dan hanya berlegar-legar. Ini membawa kepada perkembangan hound treeing oleh para pemburu dan para pembiak baka anjing. Anjing asasi dipilih kerana deria bau tajam, keupayaan untuk menjejak haiwan secara bebas daripada perintah manusia dan, yang paling penting, mengikuti haiwan di atas tanah dan apabila ia menaiki pokok.[2] Anjing pemburu darah khususnya ditambahkan ke dalam banyak susur galur anjing pemburu rakun untuk meningkatkan keupayaan untuk menjejak.

Anjing pemburu rakun dapat berburu secara bersendirian atau dalam kawanan. Selalunya, pemburu tidak mengejar buruan mereka bersama-sama dengan anjing, tidak seperti pemburuan rubah terancang, tetapi sebaliknya menunggu dan mendengar suara baying (lolongan, dll.) distingtif untuk menentukan sama ada mangsa telah dikepung di atas pokok.[3] Anjing pemburu rakun cemerlang dalam pemburuan semua jenis mangsa jika terlatih dengan betul.[4]

Anjing pemburu rakun dibiakbakakan untuk tingkah laku treeing, seperti yang dipamerkan oleh anjing pemburu rakun Redbone ini.

Tugu peringatan

Setelah diasaskan pada tahun 1937, Key Underwood Coon Dog Memorial Graveyard terletak di Colbert County, Alabama. Tugu ini digunakan khusus untuk pengebumian anjing pemburu rakun berkesahihan.[5][6]

Baka

Terdapat enam baka anjing pemburu rakun atau coonhound, kesemuanya mula-mula diiktiraf oleh United Kennel Club:[7]

  • Yang pertama didaftarkan secara rasmi ialah anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang pada tahun 1900.
  • Ia diikuti oleh anjing pemburu rakun Redbone yang merah padu pada tahun 1902.[8]
  • Yang ketiga ialah anjing pemburu rakun Inggeris, yang diiktiraf oleh UKC pada tahun 1905. Baka ini mempunyai variasi warna paling meluas bagi baka coonhound, yang terdapat dengan corak bintik merah, bintik biru, dan triwarna.
  • Anjing pemburu rakun berbintik biru dan treeing Walker coonhound triwarna pada asalnya dianggap sebagai keragaman bagi anjing pemburu rakun Inggeris, tetapi telah dipisahkan dan diiktiraf sebagai baka berlainan pada tahun 1946 dan tahun 1945, masing-masing.[9]
  • Anjing pemburu Plott, baka berwarna brindle gelap, ialah yang terakhir yang diiktiraf, iaitu pada tahun 1946. Ia merupakan satu-satunya baka coonhound yang tidak diturunkan daripada anjing pemburu rubah; sebaliknya, keleluhurannya dijejak kembali kepada anjing pemburu babi hutan Jerman.[10]

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang ialah yang pertama yang diiktiraf oleh American Kennel Club, iaitu pada tahun 1946.[11] Baka anjing pemburu rakun lain tidak dapat didaftarkan dengan AKC sehingga tahun 2000-an; anjing pemburu rakun Redbone dan anjing pemburu rakun berbintik biru diiktiraf pada tahun 2009,[12][13] anjing pemburu rakun Inggeris pada tahun 2011 (sebagai anjing pemburu rakun Inggeris Amerika),[14] dan treeing Walker coonhound pada tahun 2012.[15]

Pada tahun 2008, UKC mengiktiraf anjing pemburu harimau bintang Amerika sebagai baka anjing pemburu bau. Ia digunakan untuk memburu rakun, serta haiwan buruan lain.[16]

Kesihatan

Sebagai baka yang kerap digunakan untuk memburu rakun, anjing pemburu rakun terdedah kepada "kelumpuhan anjing pemburu rakun", atau lebih tepat, poliradikuloneuritis idiopati anjing akut (acute canine idiopathic polyradiculoneuritis, ACIP). Keadaan ini kerap terhasil apabila anjing bersentuhan dengan air liur rakun, biasanya melalui cakaran atau gigitan, tetapi sesetengah kes tidak melibatkan rakun sama sekali.[17] Walaupun namanya sedemikian, mana-mana baka anjing dapat menghidap penyakit ini, tetapi ini lebih lazim dikaitkan dengan anjing pemburu rakun kerana penggunaannya dalam pemburuan rakun. Penyakit ini dibandingkan dengan sindrom Guillain–Barré pada manusia, yang mengakibatkan atrofi progresif pada otot tungkai, yang bermula dengan tungkai belakang dan maju ke hadapan, dan dalam sesetengah kes menjejaskan otot pernafasan.[18]

Sebuah kajian terhadap rekod pesakit 90,000 ekor anjing mendapati bahawa anjing pemburu rakun cenderung terhadap atopi/dermatitis alahan dengan 8.33% daripada jumlah anjing pemburu rakun yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 1.08% untuk baka kacuk.[19]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو راکون; کونهاءونcode: ms is deprecated

Rujukan

  1. ^ Club, The American Kennel (11 November 2014). The New Complete Dog Book: Official Breed Standards and All-New Profiles for 200 Breeds- Now in Full-Color (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781621870913. Dicapai pada 8 Jun 2024 – melalui Google Books.
  2. ^ a b American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book: Official Breed Standards and All-New Profiles for 200 Breeds- Now in Full-Color (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781621870913 – melalui Google Books.
  3. ^ Sutton, Keith B. (11 Disember 2017). Hunting Arkansas: The Sportsman's Guide to Natural State Game (dalam bahasa Inggeris). University of Arkansas Press. ISBN 9781557287199. Dicapai pada 8 Jun 2024 – melalui Google Books.
  4. ^ "American English Coonhound Breed Information". Dogsaholic.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  5. ^ "Key Underwood Coon Dog Memorial Graveyard - Cemetery". Coondogcemetery.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ Kazek, Kelly (19 Ogos 2014). "Legendary Coon Dog Cemetery to once again host Labor Day celebration with live music, crafts, barbecue". The Huntsville Times (dalam bahasa Inggeris). Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ Stahlkuppe, Joe (11 Disember 1997). Basset Hounds (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. ISBN 9780812097375. Dicapai pada 8 Jun 2024 – melalui Google Books.
  8. ^ "Breed Standards : Redbone Coonhound - United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ "Breed Standards : English Coonhound - United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ "Breed Standards : Plott Hound - United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  11. ^ "Black and Tan Coonhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  12. ^ "Bluetick Coonhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  13. ^ "Redbone Coonhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  14. ^ "American English Coonhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  15. ^ "Treeing Walker Coonhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  16. ^ "Breed Standards : American Leopard Hound - United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  17. ^ Engel, Danielle (19 Jun 2017). "Coonhound Paralysis Fortunately Rare". Veterinary Medicine at Illinois (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  18. ^ Holmes, Dorothy F.; Schultz, Ronald D.; Cummings, John F.; deLahunta, Alexander (Ogos 1979). "Experimental coonhound paralysis: Animal model of Guillain‐Barre syndrome". Neurology (dalam bahasa Inggeris). 29 (8): 1186–1186. doi:10.1212/WNL.29.8.1186. ISSN 0028-3878.
  19. ^ Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle M.; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549.
  • l
  • b
  • s
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing
  • Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus
Jenis: Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis, baset, feist, lurcher, dan anjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeist • anjing pemburu rakun