Xu Guangqi

Hamba Tuhan

Xu Guangqi
Bahasa Cina: 徐光啓code: zh is deprecated
Potret Xu Guangqi
Naib Menteri Upacara
Dalam jawatan
1629–1630
Didahului olehMa Zhiqi
Digantikan olehLi Sunchen
Setiausaha Tertinggi Pustaka Wenyuan
Dalam jawatan
1632–1633
Setiausaha Tertinggi Kanan
  • Zhou Tingru
  • Wen Tiren
Butiran peribadi
Lahir24 April 1562
Shanghai, Songjiang, Zhili Selatan, China[1]
Meninggal dunia8 November 1633(1633-11-08) (umur 71)[2]
Beijing, Shuntian, Zhili Utara, China
Tempat persemadianTaman Guangqi, Xujiahui, Xuhui, Shanghai, China
31°11′28″N 121°25′46″E / 31.1912°N 121.42957°E / 31.1912; 121.42957
KerakyatanChina
PasanganWu[3]
Anak-anakXu Ji (徐驥)
Ibu bapaXu Sicheng (徐思誠), ayah
Hubungan
PendidikanIjazah Jinshi (1604)[5]
Pekerjaanpegawai sarjana (Kementerian Upacara dan Setiausaha Tertinggi), ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, pengarang
Dikenali kerana
  • Tiga Tonggak Katolikisme China
  • Terjemahan bahasa Cina Unsur Euklid
  • Takwim Chongzhen
  • Karya Lengkap mengenai Pertanian
Nama pembaptisanPaul Xu

Xu Guangqi atau Hsü Kuang-ch'i[a] (24 April 1562 – 10 November 1633), juga dikenali dengan nama pembaptisan Paulus,[b] adalah seorang ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, ahli siasah dan pengarang yang hidup semasa zaman dinasti Ming.[6] Beliau merupakan rakan sekerja dan rakan usaha sama kepada Jesuit Itali, Matteo Ricci dan Sabatino de Ursis. Xu telah membantu mereka berdua menterjemah beberapa teks Barat klasik ke dalam bahasa Cina, termasuklah sebahagian daripada Unsur Euklid. Beliau juga merupakan pengarang bagi Nong Zheng Quan Shu, suatu karya mengenai pertanian.

Xu merupakan salah seorang daripada "Tiga Tonggak Katolikisme China". Gelaran terkini beliau ialah Hamba Tuhan.[7] Pada 15 April 2011, jurucakap Vatikan Federico Lombardi mengumumkan beatifikasi Xu Guangqi.[8][9]

Nama

Xu Guangqi merupakan perumian pinyin sebutan bahasa Mandarin bagi nama Cina Xu. Nama beliau ditulis sebagai Hsü Kuang-ch'i[a] apabila mengunakan sistem Wade–Giles. Nama ihsan beliau ialah Zixian manakala nama pena pula ialah Xuanhu. Dalam rekod Jesuit, perumian yang digunakan adalah Siù Hsven Hú.[10]

Semasa Xu menukar agama, beliau mengguna pakai nama pembaptisan Paulus.[b] Dalam bahasa Cina, transkripsi yang digunakan sebagai nama ihsan (i.e., Xu Baolu) dana para Jesuit kadang-kala merujuk beliau sebagai Siù Pao Lò[10] atau Ciù Paulus.[11] Mereka sering kali merujuk Xu sebagai "Doktor Paulus" (Latin: Doctor Pauluscode: la is deprecated ;[12][10] Portugis: Doutor Paulocode: pt is deprecated ),[13] "Paulus Kita" (Latin: noster Pauluscode: la is deprecated ), "Paulus Siu"[14] atau "Ciu".[11][10][15]

Catatan dan rujukan

Catatan kaki
  1. ^ a b Cina Ringkas: 徐光启; Cina Tradisional: 徐光啟
  2. ^ a b Cina Ringkas: 保禄; Cina Tradisional: 保祿
Petikan
  1. ^ Dudink (2001), m/s. 399.
  2. ^ Dudink (2001), m/s. 409.
  3. ^ Dudink (2001), m/s. 400.
  4. ^ a b c Liam (2008), m/s. 140.
  5. ^ Liam (2008), m/s. 59.
  6. ^ J. C. YANG
  7. ^ Kawasan Uskup Katolik Shanghai
  8. ^ UCA News (2011)
  9. ^ shanghailaine (2018)
  10. ^ a b c d Blue (2001), m/s. 48.
  11. ^ a b Blue (2001), m/s. 33.
  12. ^ Blue (2001), m/s. 44.
  13. ^ Vasconcelos (2012), m/s. 163.
  14. ^ Blue (2001), m/s. 45.
  15. ^ Blue (2001), m/s. 49.
Sumber
  • Blue, Gregory (2001), "Xu Guangqi in the West: Early Jesuit Sources and the Construction of an Identity", Statecraft & Intellectual Renewal in Late Ming China: The Cross-Cultural Synthesis of Xu Guangqi (1562–1633), Sinica Leidensia, Jilid 50 (dalam bahasa Inggeris), Leiden, Holland Selatan: Brill, m/s. 19–71, ISBN 9004120580.
  • Dudink, Adrianus Cornelis (2001), "Xu Guangqi's Career: An Annotated Chronology", Statecraft & Intellectual Renewal in Late Ming China (dalam bahasa Inggeris), ISBN 9004120580
  • Liam, Matthew Brockey (2008), Journey to the East: The Jesuit Mission to China, 1579–1724 (dalam bahasa Inggeris), Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press, ISBN 9780674030367, JSTOR 25484053
  • Vasconcelos de Saldanha, António (2012), "The Last Imperial Honours: From Tomás Pereira to the Eulogium Europeorum Doctorum in 1711", In the Light and Shadow of an Emperor: Tomás Pereira, SJ (1645–1708), the Kangxi Emperor, and the Jesuit Mission in China (dalam bahasa Inggeris), Newcastle England: Cambridge Scholars Publishing, m/s. 144–227, ISBN 9781443838542
  • shanghailaine (5 Mei 2018). "In a first, Shanghai-born Ming Dynasty bureaucrat and scientist Xu Guangqi to be beatified". shanghaiist.com (dalam bahasa Inggeris). Shanghaiist. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  • "Church to beatify early China convert in Shanghai". ucanews.com (dalam bahasa Inggeris). UCA News. 19 April 2011. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  • "hsü KUANG-CH'I". dartmouth.edu (dalam bahasa Inggeris). Kolej Dartmouth. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  • "徐光启列品案筹备进程". catholicsh.org (dalam bahasa Cina). Kawasan Uskup Katolik Shanghai. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2019. Dicapai pada 3 Februari 2021.
Portal:
  •  Biografi
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Australia
  • Korea
  • Belanda
  • Vatican
Kamus biografi
  • Jerman
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
  • MathSciNet
  • zbMATH
Lain-lain