Wong Pow Nee

Yang Berbahagia Tan Sri

Wong Pow Nee

PMN, PPM (E)
王保尼
Ketua Menteri Pulau Pinang pertama
Dalam jawatan
31 Ogos 1957 – 12 Mei 1969
Didahului olehPenjawat pertama
Digantikan olehLim Chong Eu
Butiran peribadi
LahirWong Pow Nee
7 Oktober 1911
Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, Malaya British
Meninggal dunia31 Ogos 2002(2002-08-31) (umur 90)
George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikMCA
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Wong Pow Nee (7 Oktober 1911 - 31 Ogos 2002) ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama selepas jawatan itu yang ditawarkan kepada Dr. Lim Chong Eu ditolaknya.[1] Beliau berkhidmat antara tahun 1957 (tahun kemerdekaan Malaysia) sehingga 1969 apabila jawatannya itu diambil alih oleh Dr. Lim Chong Eu selepas parti politiknya, Persatuan Cina Malaysia (MCA), ditewaskan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia dalam pilihan raya negeri pada tahun itu.

Wong juga merupakan salah satu daripada lima ahli Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk bersama-sama oleh kerajaan-kerajaan British dan Malaya pada tahun 1962 untuk menentukan pandangan-pandangan orang Sabah dan Sarawak serta membuat pengesyoran tentang cadangan untuk mengasaskan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. [2]

Bertentangan dengan cadangan dua ahli British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, untuk membenarkan tempoh peralihan antara tiga hingga tujuh tahun untuk pembentukan Malaysia, Wong dan Ghazalie Shafie menegaskan bahawa tempoh peralihan harus tidak melebihi 12 bulan untuk mencegah sebarang "pengaruh yang berbahaya dan menimbulkan gangguan". Oleh itu, Malaysia diasaskan pada 16 September 1963.[2]

Pengerusi dan ahli-ahli British dalam Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan kebebasan agama untuk mengelakkan agama Islam dijadikan agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Wong dan Ghazalie Shafie mencadangkan bahawa Perlembagaan Malaysia didasarkan pada Perlembagaan Merdeka 1957 kerana kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan "tidak akan menjejaskan kebebasan agama dalam Persekutuan yang sebenarnya adalah sekular".[2]

Wong meninggal dunia pada 31 Ogos 2002 [3] ketika berumur 91 tahun. Terdapat satu jalan di Bukit Mertajam yang dinamai sempena namanya, iaitu Jalan Wong Pow Nee. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Penamaan Jalan, Taman dan Tempat Pulau Pinang telah membincangkan cadangan supaya jalan yang sedia ada ditukarkan kepada Lorong Wong Pow Nee dan satu jalan yang sesuai akan dinamai Jalan Tan Sri Wong Pow Nee. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) masih menjalankan siasatan dan kajian menjelang bulan Mei 2007, dengan keputusan belum dibuat.[4]

Rujukan

  1. ^ KhooKayPeng: Arkitek Zon Perdagangan Bebas (2)
  2. ^ a b c Laman web Lim Kit Siang: Wong Pow Nee
  3. ^ Rulers: Ogos 2002
  4. ^ ADUN: Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-11 (2007)

Pautan luar

  • Berita Harian, 20 May 1970, Page 10
  • Choong Kwee-Kim (2006) 'A peek into Hakka heritage' in The Star, 16 August 2006 [online] at accessed on 1 August 2013.
  • Chow, Melissa-Darlyne (2012) 'Remembering Tan Sri Wong Pow Nee' in The New Straits Times 11 September 2012 [online] accessed on 1 August 2013.
  • Koay Su-Lyn (2013) 'Wong Pow Nee – the first and forgotten CM of Penang' in The Edge [online] at accessed on 1 August 2013.
  • Lim Kian-Hock (2010) 'A former civil servant recalls reading out the Malaysia Proclamation' in The Star 16 September 2010 [online] at accessed on 1 August 2013.
  • Ng Su-Ann (2007) Tribute to Wong Pow Nee in The Star 9 August 2007 [online] at accessed mon 1 August 2013.
  • Ooi Kee-Beng (2013) 'Dr Lim and the unchanging face of Malaysian politics' in The Malaysian Insider 10 July 2013 [online] at accessed on 1 August 2013.
  • Tan, Christopher (2012) 'Memorial hall to celebrate Penang's first CM' in The Star 7 September 2012 [online] at accessed on 1 August 2013.
  • The Star 1 September 2007 [online] at accessed on 1 August 2013.
  • The Straits Times, 13 May 1970, Page 3
  • The Straits Times, 14 May 1970, Page 15
  • The Straits Times, 6 September 2002, Page 25
  • Utusan Malaysia 1 September 2002 [online] at accessed on 1 August 2013.
  • l
  • b
  • s
  1. Wong Pow Nee (1957-1969)
  2. Lim Chong Eu (1969-1990)
  3. Koh Tsu Koon (1990-2008)
  4. Lim Guan Eng (2008-2018)
  5. Chow Kon Yeow (2018-kini)