Tunku Puteri Intan Safinaz

Tunku Puteri Intan Safinaz
Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah
Tunku Temenggong Kedah
Tempoh15 Januari 2017 - kini
Didahului olehTunku Sallehuddin
Tunku Panglima Besar Kedah
Tempoh17 Januari 2009 - 15 Januari 2017
KeputeraanTunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
(1966-07-22) 22 Julai 1966 (umur 57)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama penuh
Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
BondaSultanah Bahiyah
AgamaIslam
Kerabat Diraja
Kedah

Kebawah DYMM Tuanku Sultan
Kebawah DYMM Tuanku Sultanah

  • DYTM Raja Muda
    DYTM Raja Puan Muda
    • YTM Tunku Zara Bahiyah
    • YTM Tunku Sulaiman Badlishah
  • DYAM Tunku Mahkota
    DYAM Tunku Puan Mahkota

YMM Che Puan Besar

  • DYAM Raja Puan Muda Perak
    DYAM Raja Di-Hilir Perak
    • YM Raja Nabil Imran
      YBhg. Che’ Jocelyn Nur Alina Abdullah
      • Raja Sarah Bahiyah
    • YM Raja Idris Shah
      YBhg. Che’ Anis Nabilla binti Dato' Abdul Razak
      • YM Raja Intan Soraya
    • YM Raja Sarina Intan Bahiyah
    • YM Raja Safia Azizah
    • YM Raja Siffudin Muazzam Shah
  • YTM Tunku Temenggong

YTM Tunku Bendahara
YABhg. Toh Puan Bendahara

Kerabat luas diraja

YABhg. To’ Puan Seri Utama Noor Suzanna binti Abdullah, balu Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar

  • YTM Tunku Azuddin Shah ibni Almarhum Tunku Annuar
    YBhg. Puan Anna Baris
  • YTM Dato' Indera Tunku Harunnarasheed Putra ibni Almarhum Tunku Annuar
    YBhg. Datin Indera Tania Yasmin Mohammed Shaafi

YTM Tunku Dato' Seri Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah

YTM Tunku Bishara binti Almarhum Sultan Badlishah
YBhg. Encik Wan Azahari bin Wan Muhammad Taib

  • YM Wan Rafidah
  • YM Wan Suriani
  • YM Wan Aida Afzan
  • YM Wan Shahrul
    YBhg. Puan Rusputih binti Hj Ruslin

YTM Dato' Tunku Badriatul Jamal binti Almarhum Sultan Badlishah

  • YBhg. Puan Puteri Farah Intan binti Burhanudin

YTM Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
YM Dato' Paduka Syed Kamil bin Dato' Syed Noh Shahabuddin

  • YM Sharifah Sabrina
  • YM Sharifah Zara Hanis

YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Kamaliah binti Almarhum Sultan Badlishah

YTM Datin Paduka Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah


  • YTM Tunku Dato' Paduka Ja'afar Laksamana ibni Tunku Nong Jiwa
    • YM Tunku Putri Nur Asma
  • l
  • b
  • s

Yang Teramat Mulia Brigadier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (diputerakan pada 22 Julai 1966 di Alor Setar, Kedah) merupakan Tunku Temenggong Kedah dan puteri kepada Tuanku Sultan Kedah ke-28, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Sultanah Bahiyah.

Kehidupan awal

Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz diputerikan pada 22 Julai 1966 di ibu negeri, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan puteri bongsu Sultan Abdul Halim bersama Sultanah Bahiyah. Beliau juga mempunyai dua adik beradik angkat, iaitu kekandanya Tunku Soraya dan Tunku Sarina (meninggal 1991). Kedua-dua adik beradik angkat Tunku Puteri ini bukanlah siapa-siapa tetapi merupakan sepupu beliau sendiri, iaitu anakanda kepada Tunku Hamidah, kekanda sulung Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah.[1]

Pendidikan

Tunku Puteri Intan Safinaz menerima pendidikan sekolah rendah di St Nicholas Convent, Alor Star dan pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, beliau meneruskan pendidikan menengah di Cheltenham Ladies College, Gloucestershire, United Kingdom. Beliau memperolehi ijazah dalam bidang Politik dari Universiti Sussex pada tahun 1987.

Keperibadian

Antara aktiviti kesukaan Tunku Puteri pada waktu lapang ialah bermain paintball, mendaki gunung dan berkayak.

Tunku Puteri Intan juga menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang merupakan salah satu daripada Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sehingga dilantik sebagai Brigadier Jeneral.[2][3]

Jika dilihat wajah Tunku Puteri saling tidak tumpah dengan almarhumah bondanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Tunku Puteri mewarisi kecantikkan almarhumah bondanya dan sifat merendah diri yang cukup disegani dan dipuji. Beliau juga mewarisi sifat lemah lembut dan bercakap lemah lembut daripada ayahandanya, Tuanku Abdul Halim.

Kerjaya

Menjadi puteri raja di dalam istana tidaklah memberikan keistimewaan kepada Tunku Puteri untuk berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Yang Teramat Mulia Tunku Puteri merupakan salah seorang pencetus penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah seumur hidup selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

Antara kebanggaan dalam perjalanan hidup Tunku Puteri ialah apabila dilantik menjadi Pro Canselor dua buah Universiti Awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Januari 2011 dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 10 Oktober 2010.[4] Perlantikkan itu ialah keyakinan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas kebolehan Tunku Puteri Intan untuk memberi khidmat sumbangan terutamanya dalam bidang pertahanan negara.[5]

Selain itu juga Tunku Puteri Intan Shafinaz dilantik sebagai Felo Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 2014, beliau juga telah dilantik sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menggantikan Tuanku Sultan Kedah selama baginda bersemayam dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara.[6]

Beliau juga secara tidak rasmi telah dilantik sebagai canselor hadir sebagai tetamu diraja dan penyampai anugerah hampir di setiap konvokesyen tahunan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.[7]

Tunku Puteri Intan Shafinaz telah dilantik sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada Julai 2018 dan dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Nestlé (Malaysia) Berhad pada 2 Mei 2023.[8][9]

Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Pada 13 Disember 2011, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan. Perlantikkan ini adalah seperti yang termaktub dalam undang-undang Majlis Mengangkat Raja kerana Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah sudah uzur dan tidak mampu menjalankan tugas sehari-harian sebagai Pemangku Raja.[1]

Tuanku Puteri telah dilantik bersama-sama tiga ayahanda saudaranya dari kerabat damping diraja Kedah antaranya ialah Tunku Temenggong Kedah, Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Dipertua Majlis Jemaah dalam istiadat di hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Haminah yang berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.[10][11]

Istiadat dimulakan dengan keberangkatan Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah ke Balai Penghadapan dengan diiringi pegawai-pegawai yang membawa Cogan Agama, Cogan Alam, Cokmar Pedang dan Lembing. Turut sama juru iring tentera dan juga polis dengan didahului oleh Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera Dato’ Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah.

Payung-payung istiadat dikembangkan dan nobat dipalu bagi mengiringi keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah bersemayam di atas singgahsana Balai Penghadapan.

Setelah pembawa alat kebesaran mengambil tempat sekali lagi Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera menghadap KDYMM Tuanku Sultan memohon limpah perkenan memulakan istiadat dengan perarakan masuk Al-Quran, Titah KDYMM Tuanku Sultan, Warkah Pemasyhuran Perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan ke Balai Penghadapan.

Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berkenan bertitah permasyhuran perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato’ Azman Hussain dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Yang Ariff Dato’ Yahaya Jusuh yang turut menandatangani surat sumpah itu.

Seterusnya baginda Sultan berkenan menjemput semua Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman mengambil tempat di Astaka Singgahsana. Selepas itu tembakan meriam sebanyak sembilan das dilepaskan bagi menandakan dan memberi tahu kepada rakyat Negeri Kedah akan pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Istiadat disudahi dengan bacaan doa oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Badaruddin Haji Ahmad.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Tunku Puteri Intan Safinaz
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaran

  • 22 Julai 1966 – 1988 : Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 1988 - 17 Januari 2009 : Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 17 Januari 2009 - 12 Disember 2011 : Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 12 Disember 2011 - 2 Jun 2012  : Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 2 Jun 2012 - 11 Januari 2017 : Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 11 Januari 2017 - 11 September 2017 : Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • 11 September 2017 – kini: Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Nama penuh Tunku Puteri Intan Safinaz berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah., DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., HON.PHD.(UUM), HON.PHD.(KUIN)

Penganugerahan Kurniaan Darjah

Tunku Puteri Intan Safinaz telah dianugerahkan:

  •  Malaysia:
  • Angkatan Tentera Malaysia:
    • Pahlawan Angkatan Tentera Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (PAT, 11 November 2010)
  •  Kedah:
    • Darjah Kerabat Halimi Yang Amat Mulia Kedah (DKH, Julai 2008)
    • Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu"Adzam Shah Yang Amat DiHormati (SHMS, 12 Disember 2011) membawa gelaran Dato' Seri Diraja
    • Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK, 1998) membawa gelaran Dato' Seri
    • Jaksa Pendamai (JP)
  •  Negeri Sembilan:
    • Darjah Kerabat YAM Tuan Razak (DKYR, 2005)

Ijazah kehormat

Keturunan

Keturunan Tunku Puteri Intan Safinaz[12]
16. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I (= 20)
8. Sultan Abdul Hamid Halim Shah
17. Wan Hajar binti Dato’ Wan Ismail
4. Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid
18. Abdullah
9. Nai Sofia
19. ??
2. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
20. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I (= 16)
10. Almarhum Tunku Mahmud
21. Tengku Cik Fatima binti Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah
5. Tunku Sofiah
22. Awang Ahmad
11. YM Che Puan Besar Hajah Zainab
23. ??
1. Tunku Puteri Intan Safinaz
24. Yamtuan Antah (= 28)
12. Tuanku Muhammad
25. Encik Puan Besar Cik Halimah binti Uggoh Majid (= 29)
6. Tuanku Abdul Rahman
26. Tunku Muda Chik Aminullah ibni Tuanku Nasiruddin
13. Tuanku Ampuan Tunku Halijah
27. Tunku Jindai binti Tuanku Raja Imam
3. Sultanah Bahiyah
28. Yamtuan Antah (= 24)
14. Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
29. Encik Puan Besar Cik Halimah binti Uggoh Majid (= 25)
7. Tunku Kurshiah
30. Sayyid Abdul Hamid
15. YM Tunku Sharifa Alawiya
31. YM Tunku Ambong Bahiya binti Tunku Besar Daud

Rujukan

  1. ^ a b http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/06/06/a-lifetime-of-leadership/
  2. ^ http://bpsatm.weebly.com/pengenalan.html
  3. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/pelajar-politeknik-sertai-kursus-uji-mental-fizikal-1.527880
  4. ^ http://www.ukm.my/lestari/en/majlis-perasmian-ppl/
  5. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm
  6. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-puteri-intan-safinaz-akan-dimasyhurkan-sebagai-canselor-uum-1.20011
  7. ^ http://www.theborneopost.com/2013/09/12/technical-education-vocational-training-should-be-mainstreamed-to-produce-more-skilled-workers/
  8. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454944/puteri-intan-safinaz-dilantik-pengerusi-bsmm
  9. ^ https://www.utusan.com.my/ekonomi/2023/05/tunku-puteri-intan-safinaz-dilantik-lembaga-pengarah-nestle/
  10. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1213&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
  11. ^ https://mmk.kedah.gov.my/kerajaan/pentadbiran-dewan/230-ahli-jemaah-pemangku-sultan
  12. ^ Kedah 11
Tunku Puteri Intan Safinaz
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 22 Julai 1966
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tunku Mahmud Sallehuddin
Tunku Temenggong Kedah
2017 – kini
Pemegang jawatan kini