Tuan Yang Dipertua Mahkamah Persekutuan

Tuan Yang Dipertua Mahkamah Persekutuan merupakan gelaran bagi ketua badan kehakiman di Malaysia, sehingga 1994 sebelum jawatan itu dinamakan semula sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.[1]

Tuan Yang Dipertua ialah ketua mahkamah tertinggi di Malaysia selepas pemansuhan rayuan kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi pada tahun 1985. Di bawahnya ialah Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo (dan, sehingga tahun 1969, Singapura: lihat Undang-undang Singapura).

Senarai Tuan Presiden Mahkamah Persekutuan Malaysia

  • James Beveridge Thomson: 1963 hingga 1966
  • Syed Sheh Hassan Barakbah: 1966 hingga 1968
  • Mohamed Azmi Mohamed: 1968 hingga 1974
  • Mohamed Suffian Mohamed Hashim: 1974 hingga 1982
  • Azlan Shah (kemudian Sultan Perak dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia): 1982 hingga 1984
  • Mohamed Salleh Abas: 1984 hingga 1989
  • Abdul Hamid Omar: 1989 hingga 1994

Lihat juga

  • Ketua Hakim Negara
  • Mahkamah Malaysia

Rujukan

  1. ^ "The Malaysian Judiciary: Operation of the court". Malaysian Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2011. Dicapai pada 15 April 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

  • Tun Mohd Salleh Abas & K. Das (1989), May Day for Justice: The Lord President's Version, Kuala Lumpur: Magnus Book. ISBN 9839631004