The Men in Black

The Men in Black adalah sebuah buku komik Amerika yang dicipta dan dikaryakan Lowell Cunningham bersama ilustrasi oleh Sandy Carruthers untuk Aircel Komik; Aircel dibeli oleh Malibu Comics yang sendirinya dibeli oleh Marvel Comics. Tiga isu diterbitkan pada tahun 1990, dengan tiga lagi tahun berikutnya.

Latar belakang

Cunningham mempunyai idea untuk komik ini hasil perbualan dengan seorang kawannya yang menceritakan kepadanya suatu teori konspirasi di mana pegawai-pegawai pemerintah memeras ugut sebarang individu yang menyaksikan objek aneh angkasa agar dipastikan kesulitan pengetahuan ini daripada orang ramai. [1]

Jalan cerita asas

The Men in Black ialah sebuah agensi perisikan antarabangsa yang menyelia dan menyelidiki kegiatan paranormal baik dan buruk yang wujud di Bumi termasuk makhluk asing, syaitan, mutan, zombi, serigala jadian, vampir, makhluk legenda dan makhluk paranormal lain. Kegiatan agensi ini dikawal ketat agar dipastikan kesulitannya daripada perhatian orang ramai - sebarang orang awam yang tersempak kejadian aneh atau berinteraksi dengan mana-mana ejen mereka akan dihapuskan ingatan memastikan siasatan mereka rahsia, kebanyakan penduduk global tidak menyedari aktiviti mereka, dan bertanggungjawab untuk membongkar memori mereka tentang apa-apa .

Senarai penerbitan

Adaptasi

Filem

  • Men in Black (1997)
  • Men in Black II (2002)
  • Men in Black 3 (2012)
  • Men in Black: International (2019)

Siri animasi

  • Men in Black: The Series - 1997 hingga 2001

Rujukan

  1. ^ "Metamorphosis of 'Men in Black'", Men in Black Blu-Ray