Tanjung Sedili

Tanjung Sedili

Tanjung Sedili ialah sebuah pekan di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Kampung ini ialah tanah kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato Dr Usman Awang, serta Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi lagu asli negara yang terkenal.

Sejarah

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.

Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran.

Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya. Bermula dari pertengahan tahun 90-an sehingga kini, Ketua Kampung Tanjung Sedili ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya.

Ekonomi

Kebanyakan penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan. Kewujudan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Sedili di dalam kawasan Jabatan Perikanan Malaysia menjadi pemangkin kepada industri perikanan. LKIM menjadi pusat naungan atau dengan kata lain majikan kepada nelayan-nelayan. Namun demikian, terdapat juga syarikat persendirian yang menjalankan perniagaan dengan menjadikan nelayan-nelayan di sini sebagai pekerja. Di Tanjung Sedili juga tertubuhnya Pusat Pengembangan Perikanan yang telah diujudkan pada tahun 1991 bertujuan untuk menyebarkan teknologi perikanan sama ada sebelum tuai (pre-harvest) dan selepas tuai (post-harvest) kepada kebanyakan nelayan di Sedili.

Pantai Peranginan

Selain terkenal dengan sumber ekonomi dari hasil laut dan perikanan, Tanjung Sedili juga mempunyai pantai-pantai peranginan dan pelancongan yang indah seperti:

  • Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay)
  • Pantai Temalah
  • Pantai Sedili Kecil

Pantai-pantai indah yang terdapat di sini ada yang telah dikomersilkan oleh pihak swasta seperti:

  • Pantai Jason Bay Beach Resort
  • Pantai Mutiara Motor Beach Resort (http://www.mutiaramotorsresort.com/)
  • Pantai Sedili Country Resort.

Tanjung Sedili juga telah dipilih sebagai salah satu lokasi Pertandingan Joran anjuran Berita Harian kerana lokasi strategiknya yang menjadi tumpuan serta syurga pemancing-pemancing.

Terdapat juga yang bekerja sebagai petani dengan mengusahkan tanaman kelapa sawit, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran, kakitangan kerajaan serta peniaga-peniaga runcit.

Penduduk

Penduduk majoritinya adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Terdapat sedikit penduduk yang terdiri daripada bangsa Cina dan India. Walau bagaimanapun, sebahagian golongan India di sini terdiri daripada India Muslim

Keunikan budaya yang boleh dilihat di Tanjung Sedili adalah gabungan budaya orang Melayu Johor dan orang Melayu Terengganu yang berhijrah sebagai nelayan ke Tanjung Sedili dari zaman sebelum merdeka lagi.

Ciri-ciri ini boleh dilihat dengan pelbagai makanan dari Terengganu seperti perusahaan keropok ikan, nasi dagang dan laksam telah menjadi sajian pilihan masyarakat setempat. Namun demikian, masyarakat setempat masih tidak melupakan ciri-ciri asli masyarakat Melayu Johor yang amat menggemari masakan asam pedas dan laksa johor.

Dialek

Selain itu, dialek serta lagu pengucapan masyarakat di sini juga agak berbeza dengan daerah lain di negeri Johor kerana gabungan dua budaya ini. Dialek Johor Riau yang diucapkan turut terkandung perkataan-perkataan kedaerahan yang tiada di tempat lain di Johor. Berdasarkan pengalaman penulis, berikut adalah perkataan unik yang diucapkan oleh masyarakat setempat:

  1. pah = amboi atau alahai
  2. leche = tilam
  3. menagar = menipu
  4. menjarah = terlalu kerap keluar rumah untuk berjalan-jalan
  5. menganjing = menyindir, mengejek, memprovokasi
  6. timpas = surut
  7. menyeman = semakin teruk (sakit)
  8. piengk = merah jambu
  9. gimieng = pening, berpinar
  10. kerabaet = panjat

Sementara itu, dialek pinjaman Terengganu turut digunakan dalam perbualan harian. Contoh-contoh perkataan Terengganu yang digunakan adalah seperti perkataan:

  1. mu = awak
  2. se'eh = terlalu kenyang
  3. sokmo = selalu
  4. tembo = lari dari kelas/sekolah/kerja

Intonasi perkataan yang berakhir dengan huruf 'g' juga seakan pengucapan orang Minang seperti :

  1. Kampuang = kampung
  2. Kuciang = kucing
  3. Tanjuang = tanjung

Petempatan

Kampung

Tanjung Sedili

  1. Pekan Tanjung Sedili
  2. Kampung Sri Gading
  3. Kampung Sungai Tuan Seth
  4. Kampung Teluk Jeri Luar/Dalam
  5. Taman Sedili
  6. Kampung Tanah Putih
  7. Kampung Sentosa
  8. Kampung Singapura
  9. Kampung Padang
  10. Kampung Teluk
  11. Kampong Hutan Lesong
  12. Kampung Simpang
  13. Kampung Prepat
  14. Kampung Tenggaham
  15. Kampung Air Gemuruh
  16. Kampung Gembut Luar/Dalam
  17. Kampung Sayang
  18. Felda Tenggaroh Selatan

Sedili Besar

  1. Kampung Tanjung
  2. Kampung Tengah
  3. Kampung Bukit
  4. Kampung Teluk Nyireh
  5. Kampung Semayung
  6. Kampung Nelayan

Sedili Kecil

  1. Kampung Sedili Kecil
  2. Kampung Belukar Durian

Pengangkutan

Darat

Terdapat tiga buah jalan raya yang menghubungkan Tanjung Sedili dari kawasan luar iaitu:

  • Jalan Kota Tinggi - Mersing (masuk di persimpangan Kampung Mawai)
  • Jalan Pesisiran Pantai

Dari Felda Air Tawar 5 melalui Desaru, Tanjung Balau dan Felda Lok Heng Selatan ke Tanjung Sedili. Jalan ini juga menghubungkan Tanjung Sedili hingga ke Pengerang yang berakhir di Tanjung Pengelih.

  • Jambatan Tanjung Sedili - Sedili Besar (Jambatan Hj Md Lazim)

Jambatan ini baru disiapkan pada bulan Mei 2006 dan menghubungkan Tanjung Sedili ke Sedili Besar serta ke Felda Tenggaroh di Mersing.[1]

Air

  • Bot Penambang

Digunakan oleh penduduk Sedili Besar untuk berulang alik oleh kerana terdapat tanah unjuran yang dipisahkan oleh Sungai Sedili. Bot penambang ini dipanggil Bot Syarikat oleh penduduk setempat.Jika dimajukan, perkhidmatan ini boleh dikomersilkan untuk pelancongan. Bot penambang ini serupa dengan bot penambang yang digunakan oleh penduduk di Seberang Takir untuk berulang alik ke Kuala Terengganu sebelum jambatan menghubungkannya ke Kuala Terengganu digunakan.

Bot Penambang kini telah tidak lagi digunakan dengan siapnya Jambatan yang menghubungkan Tanjung Sedili dan Sedili Besar.

  • Sampan/Perahu

Penduduk di Kampung Teluk, Simpang, Prepat dan Tenggaham menggunakan sampan/perahu dan juga 'jalur' (sampan berbentuk U leper) untuk ke Pekan Tanjung Sedili. Kini, penduduk di Kampung Teluk, Simpang, Prepat dan Tenggaham juga boleh menggunakan kenderaan darat untuk ke Tanjung Sedili setelah Jambatan baru disiapkan.

Kemudahan-kemudahan

Sekolah

Sekolah rendah

  1. Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya Tanjung Sedili
  2. Sekolah Kebangsaan Sedili Besar
  3. Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil
  4. Sekolah Kebangsaan Kampung Gembut
  5. Sekolah Kebangsaan Sempang
  6. Sekolah Kebangsaan Telok Hutan Lesong

Sekolah menengah

  1. Sekolah Menengah Tan Sri Jaafar Albar [(http://members.tripod.com/~SMKTSSJA)]

Sekolah agama

  1. Sekolah Agama Seri Mahkota Tanjung Sedili
  2. Sekolah Agama Sedili Besar
  3. Sekolah Agama Sedili Kecil
  4. Sekolah Agama Kampung Gembut
  5. Sekolah Agama Telok Hutan Lesung

Masjid

  1. Masjid Jamek Tanjung Sedili
  2. Masjid Jamek Sedili Besar
  3. Masjid Jamek Kampung Simpang
  4. Masjid Jamek Sedili Kecil
  5. Masjid Jamek Kampung Gembut

Balai Polis

  1. Balai Polis Tanjung Sedili

Klinik Kesihatan

  1. Klinik Kesihatan Tanjung Sedili
  2. Poliklinik Penawar Tanjung Sedili

Rujukan

  • Sedili
  • l
  • b
  • s
Topik
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup

Koordinat: 1°55′41.7″N 104°06′40.5″E / 1.928250°N 104.111250°E / 1.928250; 104.111250