Stesen keretapi Bukit Mertajam

Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Tasek Gelugor
menghala ke Padang Besar
Laluan Padang Besar Bukit Tengah
menghala ke Butterworth
Bukit Tengah
menghala ke Butterworth
Laluan Ipoh Simpang Ampat
menghala ke Ipoh
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Butterworth
Terminal
KL Sentral–Butterworth (Platinum) Parit Buntar
Butterworth–Gemas (Gold) Nibong Tebal
menghala ke Gemas
LokasiMap

Stesen keretapi Bukit Mertajam merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS. Stesen ini juga merupakan persimpangan Bukit Mertajam ke Butterworth yang bercabang dari Laluan Pantai Barat yang utama.

Sejarah

Stesen keretapi Bukit Mertajam mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[1]

Perkhidmatan kereta api

Stesen keretapi Tasek Gelugor menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]

Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • 18 perlepasan ke Padang Besar
  • 18 ketibaan dari Padang Besar
  • 10 perlepasan ke Ipoh
  • 10 ketibaan dari Ipoh
  • 28 perlepasan ke Butterworth
  • 28 ketibaan dari Butterworth

Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • enam perlepasan ke Butterworth
  • enam ketibaan dari Butterworth
  • lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
  • lima ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
  • satu perlepasan ke Gemas
  • satu ketibaan dari Gemas

Rujukan

  1. ^ "Komuter di utara Jumaat ini". HM Online. 2015-09-08. Dicapai pada 2023-10-16.
  2. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  • l
  • b
  • s
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor