Stesen LRT Plaza Rakyat

Plaza Rakyat Rapid KL
LokasiStesen Plaza Rakyat, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50150 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′38″N 101°42′8″E / 3.14389°N 101.70222°E / 3.14389; 101.70222Koordinat: 3°8′38″N 101°42′8″E / 3.14389°N 101.70222°E / 3.14389; 101.70222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Sambunganstesen pertukaran  SBK17  Merdeka
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG8   SP8 
Sejarah
Dibuka3 16 Disember 1996
4 11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
Hang Tuah
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
Hang Tuah
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Plaza Rakyat ialah stesen LRT yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena Plaza Rakyat, sebuah projek pembangunan yang terbengkalai berikutan krisis ekonomi pada tahun 1997.

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur berhampiran Jalan Pudu. Di sebelah barat laut stesen adalah UTC Pudu manakala di sebelah utara stesen adalah kompleks beli-belah Plaza Rakyat yang terbengkalai selepas Krisis Kewangan Asia 1997. Terdapat banyak sekolah-sekolah berhampiran stesen termasuk SJK (C) Jalan Davidson, SMK (Lelaki) Methodist Kuala Lumpur, SK (L) Methodist, SMJK Confucian, Sekolah Menegah (Swasta) Stella Maris. Juga berhampiran stesen adalah bangunan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Wisma OCM, Menara Wesley, UTC Pudu, Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang, Hospital Tung Shin, Hospital Materniti Bukit Cina, Gereja Methodist Wesley dan Gereja Katolik St. Anthony.

Pelan stesen

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Hang Tuah)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Hang Tuah)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Masjid Jamek)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Masjid Jamek)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
G Aras Legar Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 9 Merdeka Akses OKU


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Stesen ini dihubungkan dengan 9 Merdeka yang terletak kira-kira 200m utara stesen ini melalui sebuah laluan pejalan kaki berbayar sepanjang 180m. Penumpang tidak perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan LRT ke MRT dan sebaliknya.

Pintu stesen

Stesen LRT Plaza Rakyat dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.

Rujukan

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  • l
  • b
  • s


  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.