Sepi Tanpa Cinta

Sepi Tanpa Cinta merupakan drama bersiri Malaysia terbitan Opera Klasik Sdn Bhd yang disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 8 April 2022 yang diarahkan oleh Rashid Sibir serta dibintangi oleh Yuna Rahim dan Nazim Othman.

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Sepi Tanpa Cinta karya Damya HannaPengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
  • Yuna Rahim
  • Nazim Othman
  • Jihaa Sham
  • Fauziah Nawi
Lagu pembukaanSepi - Aina AbdulNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Opera Klasik Sdn BhdPenyiaranFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal8 April 2022 – 3 Jun 2022

Sinopsis

Haziqah (Yuna Rahim) memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul (Nazim Othman) tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!

Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu