Sayang Cendana

  • Drama
  • Fantasi
Ditulis olehMazelan MananPengarah
  • Ismail Yaakob
  • Shamsul Kamar (bersama)
Dibintangi oleh
Fezrul Khan
Juliana Evans
Nadia Mustafar
Intan Azura
Shajiry
Kat Mentor
Tony EusoffNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanPenerbit eksekutif
  • Puteri Julia Nabilah Megat Junid
  • Megat Jufri Nasrullah Megat Junid
PenerbitZiela JalilPenyuntingKas RoshanTempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creatives PicturesPenyiaranSaluran asalTV3Siaran asal3 Mei 2010 – 3 Jun 2010KronologiMengikutiBila Musang BerjanggutDiikuti olehDendam Orang Minyak

Sayang Cendana ialah sebuah siri drama fantasi Malaysia tahun 2010 arahan Ismail Yaakob, dibintangi oleh Juliana Evans sebagai watak tajuk bersama dengan barisan pelakon Sayang Cendana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 3 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010 menggantikan Bila Musang Berjanggut.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube secara rasmi di TV3 Malaysia.[2]

Sinopsis (Sayang Cendana)

Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana (Juliana Evans) dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna (Nadia Mustapha) dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia. Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas.

Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana. Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana.

Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan. Hakimi berjanji akan mencintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya (Kat Mentor) mula mempengaruhi Hakimi.

Pelakon

Utama

  • Juliana Evans sebagai Cendana/Puteri Kayangan
  • Fezrul Khan sebagai Hakimi
  • Intan Azura sebagai Amelia
  • Nadia Mustafar sebagai Donna/ Dayang Pengasuh Cendana
  • Shajiry sebagai Hisyam
  • Tony Eusoff sebagai Fariz
  • Kat Mentor sebagai Risya

Pembantu

Rujukan

  1. ^ Budiey (2 Mei 2010). "Sayang Cendana, Noktah Erna, Da Bomba, Syah Jihan di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2013.
  2. ^ Sayang Cendana (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 April 2019.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.