Rusuhan Jerusalem (1920) – Rusuhan Jaffa (1921) –Rusuhan Palestin(1929) – Pemberontakan Arab (1936–1939) – Perang Saudara (1947–1948) – Perang Arab-Israel (1948–1949) – Operasi Pembalasan (1951-1966) – Krisis Suez (1956) – Perang ke atas Air (1964–1967) – Perang Enam Hari (1967) – Perang Pengurangan (1967–1970) – Kemurkaan Tuhan (1972–1979) – Perang Yom Kippur (1973) – Konflik Selatan Lubnan (1978) – Perang Lubnan (1982) – Konflik Selatan Lubnan (1982–2000) – Intifada Pertama (1987–1993) – Intifada Kedua (2000–2005) – Konflik Ladang Shebaa (2000-2006) – Perang Lubnan (2006) – Perang Gaza (2008–2009)
Pemberontakan Palestin 1920 atau Pemberontakan Nabi Musa berlaku di wilayah mandat British di Palestin pada 4 hingga 7 April 1920 di sekitar Kota Lama Jerusalem.
Peristiwa ini berlaku pada waktu cuti umum tempatan Islam dan dinamakan bersempena Nabi Musa, dan diikuti oleh meningkatnya ketegangan dalam hubungan Arab-Yahudi berkaitan kesan penghijrahan Zionis, ketegangan yang berlaku serentak dengan serangan ke atas penempatan Yahudi di Galilee. Ucapan-ucapan para pemimpin agama Arab semasa perayaan, di mana secara tradisinya ramai umat Islam berkumpul untuk upacara keagamaan, merebak dengan berlakunya serangan ke atas bandar Yahudi.
Tindakan pentadbiran tentera Britain gagal membendung rusuhan ini, yang mana berlanjutan sehingga empat hari. Akibatnya, kepercayaan di antara Britain, Yahudi dan Arab terhakis. Satu kesannya adalah komuniti Yahudi meningkatkan tindakan infrastuktur dan keselamatan secara persendirian yang mana selari dengan pentadbiran Britain.
Empat orang Arab dan lima orang Yahudi terbunuh, manakala yang cedera seramai 216 orang Yahudi dengan 18 kritikal dan 23 orang Arab dengan satu kritikal.
Nota
Rujukan
Idinopulos, Thomas A. (1998), Weathered by Miracles: A history of Palestine from Bonaparte and Muhammad Ali to Ben-Gurion and the Mufti, Chicago: Ivan R. Dee, ISBN 1-56663-189-0.
Sachar, Howard M. (2006), A History of Israel: From the Rise of Zionism to Our Time (ed. 2nd), New York: Alfred A. Knopf, ISBN 0679765638.
Segev, Tom (2001), One Palestine, Complete: Jews and Arabs Under the British Mandate, Owl Books, ISBN 0805065873.
Wasserstein, Bernard (1991), The British in Palestine: The Mandatory Government and the Arab-Jewish Conflict 1917-1929, Blackwell, ISBN 0-631-17574-1.
1972 Penerbangan 571 Sabena / Pembunuhan beramai-ramai di Munich / Pembunuhan Mossad susulan pembunuhan beramai-ramai di Munich (1973 Peristiwa Lillehammer)
1974 Pembunuhan beramai-ramai di Kiryat Shmona / Pembunuhan beramai-ramai di Maalot