Psikologi pendidikan

Psikologi

Portal - Sejarah

CABANG

Biologi
Eksperimen
Evolusi
Gunaan
Klinikal
Kognitif
Linguistik
Pendidikan
Perindustrian
Perkembangan
Sosial

SENARAI

Terapi
Terbitan
Topik

papar • perbincangan

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun istilah "psikologi pendidikan" dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan sebagai sinonim untuk satu sama lain, para penyelidik dan ahli teori cenderung dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala pengamal di sekolah atau dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi sekolah. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya.

Sebahagian psikologi pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan disiplin-disiplin yang lain, khususnya bidang psikologi. Ia memiliki hubungan dengan disiplin psikologi yang seolah-olah hubungan antara perubatan dengan biologi, atau kejuruteraan dengan fizik. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan kurikulum, pembelajaran organisasi, pendidikan khas, dan pengurusan bilik darjah. Psikologi pendidikan meminjam daripada bidang sains kognitif dan sains pembelajaran, serta dan menyumbang kepadanya. Di universiti, jabatan psikologi pendidikan biasanya terletak di bawah fakulti pendidikan dan disebabkan ini, mungkin mengakibatkan kekurangan kandungan psikologi pendidikan dalam buku teks pengenalan psikologi. [1]

Rujukan

  1. ^ Lucas, J. L., Blazek, M. A., & Raley, A. B. (2005). The lack of representation of educational psychology and school psychology in introductory psychology textbooks. Educational Psychology, 25, 347-351.

Pautan luar

  • Educational Psychology Resources oleh Athabasca University
  • Division 15 of the American Psychological Association
  • Psychology of Education Section of the British Psychological Society
  • School Psychology on the Web
  • Explorations in Learning & Instruction: The Theory Into Practice Database Diarkibkan 2007-03-29 di Wayback Machine
  • Classics in the History of Psychology
  • The Standards for Educational and Psychological Testing
  • Educational psychology at The Psychology Wiki
  • A new Educational Psychology related forum for the UK & Ireland
  • Teaching Educational Psychology