Popi

Bunga-bunga popi di Tasik Geneva, Montreux, Switzerland.

Popi (Jawi: ڤوڤيcode: ms is deprecated ) atau bunga madat (Jawi: بوڠا مادت‎)[1] adalah tanaman berbunga dalam subfamili Papaveroideae keluarga Papaveraceae. Bunga ini sejenis tumbuhan herba yang sering ditanam untuk mendapatkan bunga yang berwarna-warni. Satu spesies tertentu dari tumbuhan ini iaitu Papaver somniferum merupakan sumber mentah candu yang mengandungi bahan ubat yang kuat seperti alkaloid seperti morfin yang telah digunakan sejak zaman kuno sebagai analgesik dan narkotik perubatan serta dadah rekreasi. Ia juga menghasilkan benih yang boleh dimakan.

Bungan popi telah menjadi simbol peringatan askar yang telah terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama, terutamanya semasa peperangan kubu parit di ladang popi Flanders, Belgium.

Kegunaan

Bunga pelbagai spesies tumbuhan ini yang menarik ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan tahunan mahupun saka. Bunga Popi dari beberapa genera lain juga turut ditanam di taman-taman. Beberapa spesies popi tertentu mempunyai kegunaan lain, terutamanya sebagai sumber ubat-ubatan dan makanan.

Popi jenis candu (opium poppy) ditanam secara meluas dan di seluruh dunia dibawah pantauan agensi-agensi antarabangsa untuk memperoleh lateks kering serta opium yang merupakan leluhur kepada bahan narkotik dan analgesik seperti morfina, heroin dan kodeina. Biji-biji popi kaya dengan minyak, karbohidrat, kalsium dan protein; dengan minyak dihasilkan dari biji-biji ini sering digunakan untuk memasak minyak, sebagai bahan asas sos salad atau dibuat kepada produk seperti marjerin. Minyak popi juga boleh dicampurkan bersama rempah ratus untuk memperisakan kek atau roti.

Popi juga digunakan dalam cat, varnis serta alatan kosmetik.[2]

Kegunaan dalam perubatan

Pengubat Mesir kuno menasihatkan pesakit mereka memakan biji popi untuk menghilangkan rasa sakit. Biji-biji ini sendiri mengandungi kuantiti morfina dan kodeina yang kecil[3] yang masih digunakan sebagai bahan ubat lega pada hari ini. Biji-biji popi serta minyak yang diperolehi darinya juga boleh kehilangan sifat narkotiknya jika biji-biji tersebut dituai kira-kira dua puluh hari selepas bunga mula kembang.

Rujukan

  1. ^ Swettenham, Frank Athelstane (1910). "poppy". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 94 – melalui Internet Archive.
  2. ^ Kryzmanski, J. and Jonsson, R. (1999) Poppy.
  3. ^ Meadway, C., George, S. and Braithwaite, R. (1998) Opiate concentration following the ingestion of poppy seed products – evidence for 'the poppy seed defence'.
  • l
  • b
  • s
Herba dan rempah

Adas cina · Angelica · Aroda · Balm lemon · Basil Holy · Boldo · Boraj · Cerebil · Cicely · Danggui barat · Daun kari · Elsholtazia ciliata · Epazot · Eryngium foetidum (ketumbar panjang) · Hem · Hoja santa · Hanyir ikan (giấp cá· Hisop/zufa · Kemanggi · Ketumbar · (Ketumbar Bolivia · Ketumbar Vietnam (rau răm· Kucai · Lavender · Limnophila aromatica · Marjoram · Mirtel lemon · Mitsuba · Oregano · Parsli · Perilla (shiso· Pudina · Rosmari · Savori · Salam · Serai · Sej · Selada · Selasih · Taragon · Taim · Tersak · Verbena lemon · Woodruff

Adas manis · Andaliman · Ajwain · Akar manis · Allspice · Amchur (serbuk m/bacang) · Halia aromatik · Asam jawa · Kapur barus · Bawang putih · Beri arar · Bijan/lenga · Biji buah delima (anardana· Biji ketumbar · Bunga lawang · Biji saderi · Buah pala · Buah pelaga · Caruli · Cassia · Chenpi · Cili · Cengkih · Garam · Golpar · Halba · Halia · Habbatussauda · Inggu · Jintan hitam · Jintan manis · Jintan putih · "biji syurga/Kekulah jantan· Bijian Selim · Kacang tonka · Karawai · Kaskas/madat · Kayu manis · Kemukus · Kencur · Kokam · Koma-koma · Kunyit · Lada Halab · Lada Brazil · Lada cayenne · Lada hitam · Lada panjang · Lada Peru · Lada Sichuan (huājiāo, sansho· Lada Tasmania · Lengkuas · Limau kering · Lobak kuda · Litsea cubeba · Mahlab · Malabathrum (tejpat· Morhabsyi · Nigella (kalonji· Paprika · Pelaga hitam · Radhuni · Mawar Damsyik · Sarsaparila · Sassafras · Sawi hitam · Sawi perang · Sawi putih · Sumak · Temu kunci · Vanila · Wasabi · Kunyit putih · Zereshk · Zest

Adjika · Advieh · Rempah sapu Afghan · Baharat · Berbere · Bouquet garni · Buknu · Chaat masala · Chaunk · Serbuk cili · Crab boil · Serbuk kari · Fines herbes · Pancarempah · Garam masala · Garam bawang putih · Gochujang · Harisah · Herbes de Provence · Jerk spice · Khmeli suneli · Lada lemon · Masala · Masala tanduri · Mitmita · Perasa Old Bay · Panch phoron · Persillade · Rempah campuran · Rempah pai labu · Qâlat Daqqa · Quatre épices · Rempah penghulu kedai · Recado rojo · Sharena sol · Shichimi · Tabil · Zatar

Senarai herba dan rempah
Senarai herba dan rempah Australia · Herba Cina · Senarai rempah India · Senarai rempah Pakistan · Senarai herba dan rempah masak-memasak
Topik berkait
Pemerapan · Rempah sapu