Philip Pullman

Philip Pullman
Philip Pullman menandatangani senaskhah Lyra's Oxford
Philip Pullman menandatangani
senaskhah Lyra's Oxford
Lahir (1946-10-19) 19 Oktober 1946 (umur 77)
Norwich, England
PekerjaanPenulis novel
GenreKhayalan
Laman web
http://www.philip-pullman.com

Philip Pullman, CBE (lahir 19 Oktober 1946) ialah seorang penulis novel berbangsa Inggeris. Beliau ialah penulis laris untuk His Dark Materials, sebuah trilogi novel khayalan, serta beberapa buku yang lain.

Biografi ringkas

Awal hidup dan pendidikan

Pullman dilahirkan di Norwich kepada Alfred Outram, juruterbang RAF, dan Audrey Evelyn Merrified. Keluarganya pindah-randah mengikut kerja ayahnya sampai sejauuh Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), di mana beliau menghabiskan masanya di sekolah. Ayahnya terkorban dalam sebuah nahas kapal terbang pada tahun 1953 ketika Philip berumur tujuh tahun. Ibunya berkahwin semula dan melalui perpindahan ke Australia datangnya penemuan Pullman terhadap buku-buku komik (termasuk Superman dan Batman), perantara yang didukungnya secara berterusan. Pada tahun 1957, beliau menyertai Sekolah Ysgol Ardudwy yang terletak di bandar Harlech, Gwynedd dan menghabiskan masanya di Norfolk bersama-sama datuknya, seorang paderi. Pada sekitar masa ini, Pullman menemukan Paradise Lost, sebuah novel oleh John Milton, yang kemudian menjadi pengaruh utama semasa mengkaryakan trilogi His Dark Materials terkenalnya.

Pada tahun 1963, Pullman menyertai Kolej Exeter, Oxford dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) Kelas Ketiga pada tahun 1968. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Oxford Student, beliau mengatakan bahawa beliau "tidak gemar akan kursus bahasa Inggeris" dan menambah: "Saya berpendapat bahawa saya mencapai keputusan yang baik sehingga saya mendapat ijazah kelas ketiga dan kemudian menyedari bahawa prestasi saya tidak baik — tahun itu merupakan tahun yang kolej menghentikan pemberian ijazah kelas keempat, kalau tidak saya akan mendapatkannya juga". [1] Beliau menemukan ilustrasi-ilustrasi William Blake pada sekitar tahun 1970 yang kemudian juga amat mempengaruhinya.

Kerjaya penulisan dan pengajaran

Pullman berkahwin dengan Judith Speller pada tahun 1970 dan mula mengajar kanak-kanak dan menulis drama sekolah. Karya pertama yang diterbitkannya ialah The Haunted Storm yang menjadi pemenang bersama "Anugerah Penulis Muda Perpustakaan Inggeris Baru" pada tahun 1972. Bagaimanapun, beliau enggan membincangkannya. Galatea, cereka fantasi dewasa, diterbitkan pada tahun 1978 tetapi drama-drama sekolah adalah yang mengilhami novel Count Karlstein, buku kanak-kanaknya yang pertama, yang diterbitkan pada tahun 1978. Beliau menghentikan kerja pengajarannya pada sekitar masa penerbitan The Ruby in the Smoke, buku kanak-kanaknya yang kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Latar buku ini yang berdasarkan Zaman Victoria membayangkan minat Pullman terhadap zaman itu.

Beliau menjadi pensyarah sambilan di Kolej Westminster, Oxford antara tahun-tahun 1988-1996, serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan His Dark Materials pada sekitar tahun 1993. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai Kompas Keemasan (The Golden Compass) di Amerika Syarikat) diterbitkan pada tahun 1996 dan memenanginya Pingat Carnegie, salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian.

Pullman menulis sepenuh masa sejak dari tahun 1996, tetapi masih meneruskan penyampaian syarahannya dan kekadang juga menulis untuk akhbar The Guardian. Beliau dianugerahkan Golongan Empayar British (CBE) dalam senarai Penerima Anugerah Tahun Baru pada tahun 2004. Pullman juga mula memberikan syarahan tentang bahasa Inggeris dalam sebuah seminar di alma maternya, Kolej Exeter, Oxford, pada tahun 2004. [2][3] Beliau kini mengerjakan The Book of Dust iaitu suatu novel susulan trilogi His Dark Materials.

His Dark Materials

Lihat juga: His Dark Materials

His Dark Materials terdiri daripada:

  • Northern Lights (Cahaya Utara) yang berjudul The Golden Compass (Kompas Keemasan) di Amerika Utara;
  • The Subtle Knife (Pisau Tak Ketara); dan
  • The Amber Spyglass (Teropong Kecil Ambar).

Northern Lights, jilid pertama trilogi, memenangi Pingat Carnegie untuk fiksyen kanak-kanak di United Kingdom pada tahun 1995. The Amber Spyglass, jilid terakhir, dianugerahkan dengan dua anugerah, iaitu:

  • Hadiah Whitbread tahun 2001 untuk buku kanak-kanak terbaik; dan
  • Hadiah Buku Whitbread untuk Tahun pada bulan Januari 2002, pencapaian yang merupakan buku kanak-kanak yang pertama untuk menerima anugerah itu.

Trilogi ini mendapat sanjungan yang popular pada akhir tahun 2003 dan mendapat tempat ketiga dalam tinjauan pendapat Big Read yang dikendalikan oleh BBC. Pada tahun 2005, Pullman diisytiharkan sebagai pemenang bersama Anugerah Peringatan Astrid Lindgren untuk kesusasteraan kanak-kanak.

Lyra's Oxford (Oxford Lyra), gu karya ringkas yang mengandungi perkara-perkara menarik, serta sebuah cerpen kini juga diterbitkan, dengan The Book of Dust (Buku tentang Habuk), sebuah gu novel yang lebih besar, kini ditulis.

Sudut pandangan falsafah dan keagamaan

Pullman ialah Penyokong Unggul Persatuan Penyokong Humanisme British dan Ahli Bersekutu Kehormat Persatuan Sekular Nasional.

Siri His Dark Materialsnya telah menjadi inti perbalahan, khususnya di kalangan sesetengah kumpulan Kristian, termasuk juga Peter Hitchens, yang mendakwa bahawa beliau sedang mengejar agenda anti-Kristian secara aktif. [4] Para penyokong pandangan ini memetik rencana-rencana kritisnya terhadap siri Babad Narnia yang ditulis oleh C. S. Lewis (yang Pullman mengutuk sebagai propaganda keagamaan), serta penggambarannya terhadap "Gereja" dalam His Dark Materials yang biasanya bersifat negatif .

Kedua-dua siri itu mempunyai setakat persamaan, iaitu kedua-duanya menonjolkan kanak-kanak menghadapi pilihan moral dewasa, dan terdiri daripada dongeng teladan, alegori keagamaan, alam-alam selari, dan kebimbangan terhadap nasib muktamad kedua-dua dunia tersebut. The Lion, the Witch and the Wardrobe), buku pertama dalam siri Narnia karya Lewis dimula kandengan seorang budak perempuan menyembunyikan diri di dalam almari pakaian. Permulaan ini serupa dengan buku Northern Lights yang diterbitkan sebagai Kompas Keemasan di Amerika Syarikat), buku pertama dalam siri His Dark Materials. Kritikan Pullman terhadap buku-buku Narnia dikongsi oleh sesetengah pengulas liberal seperti Polly Toynbee. [5]

Sesetengah orang termasuk Hitchens sekali lagi, memperlihatkan His Dark Materials sebagai suatu pematahan terhadap siri C. S. Lewis. [6] Pullman juga mengkritik cara Lewis tidak merangkumi watak Susan dalam adegan-adegan 'syurga' yang akhir dalam novel The Last Battle, dan mengatakan bahawa Susan telah ditolak kerana sifat keduniaannya yang semakin berkembang. [7] Peminat-peminat Lewis mendebatkan bahawa Pullman telah menganalisis secara terlalu mendalam tentang perkara ini; Lewis tidak membuat sebarang pernyataan tentang takdir Susan, dan tidak menghapuskan sebarang kemungkinan tentangnya kemudian menyertai semula kawan-kawannya di syurga, apa lagi mereka telah mati tetapi Susan masih hidup.

Bagaimanapun, Pullman telah mendapat sokongan daripada sesetengah orang Kristian yang lain, terutamanya Rowan Williams, Ketua Biskop Canterbury. Kumpulan-kumpulan dan individu-individu menunjukkan bahawa bidasan Pullman menumpukan perhatian pada kekangan dogmatisme serta penggunaan agama untuk menindas, bukan tentang agama Kristian pada dirinya. Dr. Williams juga berani mencadangkan bahawa novel His Dark Materials diajar sebagai sebahagian pendidikan agama di sekolah. Tambahan pula, para penulis karya yang mengkhususkan dalam penilaian kritis tema-tema keagamaan karya Pullman telah memerihalkan Pullman sebagai pasangan perdebatan yang ramah. [8].

Bibliografi

Buku-buku tidak bersiri

  • 1972 The Haunted Storm
  • 1976 Galatea
  • 1982 Count Karlstein
  • 1987 How to be Cool
  • 1989 Spring-Heeled Jack
  • 1990 The Broken Bridge
  • 1992 The White Mercedes
  • 1993 The Wonderful Story of Aladdin and the Enchanted Lamp
  • 1995 Clockwork, atau All Wound Up
  • 1995 The Firework-Maker's Daughter
  • 1998 Mossycoat
  • 1998 The Butterfly Tattoo (terbitan semula The White Mercedes)
  • 1999 I was a Rat! atau The Scarlet Slippers
  • 2000 Puss in Boots: The Adventures of That Most Enterprising Feline
  • 2004 The Scarecrow and his Servant

Geng New-Cut

  • 1994 Thunderbolt's Waxwork
  • 1995 The Gasfitter's Ball

Sally Lockhart

  • 1985 The Ruby in the Smoke
  • 1986 The Shadow in the North (pada mulanya diterbitkan sebagai The Shadow in the Plate)
  • 1990 The Tiger in the Well
  • 1994 The Tin Princess

His Dark Materials

  • 1995 Northern Lights, dijudul semula sebagai The Golden Compass di Amerika Syarikat
  • 1997 The Subtle Knife
  • 2000 The Amber Spyglass

Buku Panduan

  • 2003 Oxford Lyra
  • 20?? The Book of Dust (belum diterbitkan)

Drama

  • 1990 Frankenstein
  • 1992 Sherlock Holmes dan Kengerian Limehouse

Buku Bukan Fiksyen

  • 1978 Tamadun Purba
  • 1978 Menggunakan Kamus Sekolah Rendah Oxford

Sumber: Laman web FantasticFiction

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-16. Dicapai pada 2007-05-30.
  2. ^ Laman web UCE
  3. ^ Lama web Exeter
  4. ^ Hitchens, Peter. "'Inilah penulis yang paling berbahaya di Britain'". Diarkibkan daripada yang asal (Mel rencana Ahadpublisher=The Mail on Sunday) pada 2013-03-27. Dicapai pada 2006-09-21.
  5. ^ Toynbee, Polly. "'Narnia mewakili setiap perkara yang paling dibenci tentang agama'" (Guardian article). The Guardian. Dicapai pada 2006-09-21. External link in |publisher= (bantuan)
  6. ^ Hitchens, Peter. "Dibuat kerana benci". Laman web Spectator. Diarkibkan daripada yang asal (Rencana Spectator) pada 2006-09-03. Dicapai pada 2006-09-21. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  7. ^ Pullman, Phillip (1 Oktober 1998). "Sebelah Narnia Tersembunyi". The Guardian, diarkibkan dalam Laman web Cumberland River Lamp Post. Dicapai pada 2007-01-30. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  8. ^ Robert Butler (17 Mac 2004). "The Perdebatan Bahan-bahan Tersembunyi: Kehidupan, Tuhan, dan Alam Semesta..." The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-15. Dicapai pada 2007-04-28. Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)

Bacaan tambahan

  • Lenz, Millicent (2005). His Dark Materials Illuminated: Critical Essays on Phillip Pullman's Trilogy. Percetakan Universiti Negeri Wayne. ISBN 0-8143-3207-2.

Pautan luar

  • Laman web rasmi Philip Pullman
  • Laman web RobotWisdom: Sumber Philip Pullman
  • Philip Pullman di Pangkalan Data Cereka Spekulatif Internet
  • Laman web The Guardian: Pullman mengkritik fiksyen moden: Fiksyen menjadi perkara remeh-temeh dan tidak bernilai – 12 Ogos 2002
  • Laman web The Guardian: Krisis Identiti: Pullman mengkritik cadangan undang-undang "kebencian keagamaan" – 19 November 2005
  • Laman web Crlampost: Sebelah Narnia Tersembunyi – esei Pullman
  • Laman web Stagework: Pullman mengenai agama (video)
  • Esei sebagai balasan kepada Pullman: Kerana Sayang akan Narnia
  • Laman web HisDarkMaterials Diarkibkan 2014-03-19 di Wayback Machine – laman web peminat
  • Laman web BridgeToTheStars – laman web peminat His Dark Materials
  • Laman web Wunderkind – fiksyen dan rencana peminat
  • Laman web Teachers – rancangan bebas dalam talian tentang His Dark Materials