Pertunjukan Udara MAKS

Pertunjukan Udara MAKS
Belon udara bertulis "Selamat Datang ke MAKS 2009"
LokasiMoscow
NegaraRusia
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
MAKS-2007
Sebuah pesawat Tupolev Tu-160 Blackjack milik Rusia

MAKS (Rusia: МАКСcode: ru is deprecated , Rusia: Международный авиационно-космический салонcode: ru is deprecated , Salun Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa) merupakan satu pertunjukan udara antarabangsa yang diadakan berdekatan lapangan terbang Zhukovskiy LII Moscow, Rusia. Pertunjukan pertamanya, Mosaeroshow-92, telah diadakan pada tahun 1992. Sejak tahun 1993, ia telah dinamakan semula kepada namanya sekarang dan diadakan pada setiap tahun ganjil (MAKS-1993, MAKS-1995, MAKS-1997, MAKS-1999, MAKS-2001, MAKS-2003, MAKS-2005, MAKS-2007, MAKS-2009).

MAKS adalah sebuah acara yang penting di dalam perniagaan Rusia. Meskipun ia bermula sebagai sebuah acara hiburan, pertunjukan ini kemudian menjadi tempat pasaran di mana pengeluar pesawat Rusia dapat mencari kontrak eksport dan pesawat penumpang Rusia boleh mendapatkan kontrak luar negara. Keseluruhan acara menjadi penting kepada negara-negara CIS dan jiran di sebabkan persamaan pasaran.

Acara terbaru iaitu Salun Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa IX telah diadakan pada 18-23 Ogos, 2009.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Pertunjukan Udara MAKS di Wikimedia Commons
  • Official MAKS site
  • MAKS 2007 site Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine
  • Photographies with MAKS'95-97-99-2001-2003-2005
  • MAKS 2005 Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine at Google Video
  • l
  • b
  • s
Pertunjukan udara antarabangsa
India Aero India • Republik Rakyat China Pertunjukan Udara China • Hong Kong Aeroangkasa Asia • Australia Pertunjukan Udara Antarabangsa Australia • Emiriah Arab Bersatu Pertunjukan Udara Dubai • United Kingdom Pertunjukan Udara Farnborough • Rusia Hydroaviasalon • Jerman ILA Indonesia Forum Ekspo Pertahanan Indonesia • Iran Pertunjukan Udara Kish Iran • Brazil LAAD • Malaysia LIMA Rusia Pertunjukan Udara MAKS • Perancis Pertunjukan Udara Paris • Portugal Pertunjukan Udara Portugal • Korea Selatan Pertunjukan Udara Seoul • Singapura Pertunjukan Udara Singapura