Pertubuhan antarabangsa

Ibu pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. Geneva (Switzerland) merupakan bandar yangis yang menjadi tuan rumah yang paling banyak pertubuhan antarabangsa di dunia.[1]

Pertubuhan antarabangsa merupakan sebuah pertubuhan dengan keahlian, skop, atau kehadiran antarabangsa. Terdapat dua jenis utama:[2]

  • Pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (INGOs): pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di peringkat antarabangsa. Ini termasuk pertubuhan bukan untung antarabangsa dan syarikat-syarikat di seluruh dunia seperti Pertubuhan Dunia Pergerakan Pengakap, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Doktor Tanpa Sempadan dan Perlindungan dan Media Dunia Berhad.
  • Pertubuhan antara kerajaan, juga dikenali sebagai pertubuhan kerajaan antarabangsa (IGO): jenis pertubuhan ini paling rapat dikaitkan dengan istilah 'pertubuhan antarabangsa', ini merupakan organisasi yang terdiri terutamanya negara bersekutu (dirujuk sebagai negara anggota). Contohnya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Organisasi untuk Keamanan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Majlis Eropah (CoE), Kesatuan Eropah (EU; merupakan contoh perdana pertubuhan supranasional) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). PBB telah menggunakan istilah "pertubuhan antara kebangsaan" selain "pertubuhan antarabangsa" untuk kejelasan.[3]

Pertubuhan antara kerajaan pertama dan paling lama iaitu Suruhanjaya Tengah untuk Pengemudian di Rhine, diasaskan pada tahun 1815 oleh Kongres Vienna.

Lihat juga

  • Integrasi serantau
  • Senarai pertubuhan antarabangsa

Nota

  1. ^ (Perancis) François Modoux, "La Suisse engagera 300 millions pour rénover le Palais des Nations", Le Temps, Friday 28 June 2013, page 9.
  2. ^ The Penguin Dictionary of International Relations divides modern international organizations into two "basic types, the 'public' variety known as intergovernmental organizations (IGOs) and the 'private' variety, the international non-governmental organization (INGOs)." (Evans, Graham, and Richard Newnham. Penguin Dictionary of International Relations. Penguin, 1998, p. 270.)
  3. ^ "Intergovernmental organizations having received a standing invitation to participate as observers in the sessions and the work of the General Assembly and maintaining permanent offices at Headquarters." United Nations Department of Public Information, United Nations Secretariat.

Pautan luar

  • Procedural history and related documents on the Articles on the Responsibility of International Organizations in the Historic Archives of the United Nations Audiovisual Library of International Law
  • World News related documents on the World News related documents

Templat:Pertubuhan antarabangsa

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.