Pengerusi Perikatan Nasional

Pengerusi

Parti Perikatan Nasional
Penyandang
Tan Sri Muhyiddin Yassin
sejak 7 Ogos 2020
GelaranYang Berhormat
StatusSah
Dibentuk2020
Pemegang pertamaTan Sri Muhyiddin Yassin
Tapak webhttps://perikatannasional.org/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengerusi Perikatan Nasional atau nama penuhnya Parti Perikatan Nasional adalah jawatan tertinggi dalam parti tersebut. Pemegang jawatan ini bertanggungjawab dalam mengetuai semua gerak kerja politik yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional yang dianggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.[1] Setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya di Malaysia bagi mewakili Perikatan Nasional, perlu mendapatkan persetujuan dan watikah pelantikan calon ditandatangani oleh pemegang jawatan tersebut.

Jawatan ini telah diwujudkan pada 7 Ogos 2020 setelah Perikatan Nasional disahkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.[2]

Sejarah

Setelah Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia,[3] terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah parti gabungan bagi menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia bagi menghadapi pilihan raya.

Pada 24 September 2020, Perikatan Nasional bersama-sama dengan Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah telah menyertai Pilihan raya negeri Sabah 2020 di bawah gagasan Gabungan Rakyat Sabah yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah turun ke Sabah dan membantu para calon yang bertanding mewakili Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah berkempen dan telah berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan menewaskan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan dan beberapa parti kecil di Sabah.[4]

Sejak 2021, Ketua cawangan dan perhubungan Perikatan Nasional terdapat di setiap negeri di Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Mesyuarat khas PN hari ini
  2. ^ Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos
  3. ^ Asas pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional
  4. ^ SPR umum GRS menang 38 kerusi, bentuk kerajaan Sabah
  • l
  • b
  • s
Politik


Jata Malaysia
Diplomasi
Darjah Kebesaran
Kepimpinan
Antarabangsa
Persekutuan
Jemaah Menteri
Dewan Rakyat Malaysia
Negeri
Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
Dewan Negeri Johor
Parti Politik
Kediaman
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar Johor
  • Saujana
Pendidikan
Keluarga
Buku

Laman Wikiberita Berita • Buku Wikipedia Buku • Portal • Laman Commons Gambar • Kategori Kategori • Laman Wikiquote Petikan • Laman WikiProject Projek • List-Class article SenaraiLaman Wikisource Sumber