Pembakaran diri Aaron Bushnell

Pembakaran diri Aaron Bushnell
Sebahagian daripada protes perang Israel-Palestin di Amerika Syarikat
Kawasan hadapan Kedutaan Israel, Washington, D.C., tempat kejadian
Tarikh25 Februari 2024 (2024-02-25)
LokasiWashington, D.C., Amerika Syarikat
JenisPembakaran diri
MotifPenentangan sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel dalam perang Israel-Palestin 2023
Kematian1 (Bushnell)

Pada 25 Februari 2024, Aaron Bushnell, seorang askar Tentera Udara Amerika Syarikat berusia 25 tahun, mendekati Kedutaan Israel di Washington, DC lalu membakar diri di pintu pagar hadapan untuk membantah apa yang disifatkannya sebagai genosid oleh Israel dalam perang Israel-Hamas. Semasa kejadian itu, Bushnell berkata bahawa beliau memprotes "apa yang orang telah alami di Palestin di tangan penjajah mereka" dan mengisytiharkan bahawa beliau "tidak akan lagi bersubahat dalam genosid" sebelum menyiram dirinya dengan petrol dan membakar dirinya sendiri. Semasa terbakar, Bushnell berkali-kali menjerit "bebaskan Palestin!" sementara perkhidmatan kecemasan tempatan tiba di tempat kejadian.[1][2][3]

Perbuatan itu disiarkan secara langsung di Twitch.[4] Jabatan Polis Metropolitan DC bertindak balas untuk membantu Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat selepas Bushnell membakar dirinya, dan dibawa ke hospital tempatan dalam keadaan kritikal.[5] Polis Washington DC mengesahkan kematian Bushnell pada hari berikutnya.[6] Ini ialah pembakaran diri kedua membantah perang di sebuah stesen diplomatik Israel di Amerika Syarikat, dengan seorang lagi penunjuk perasaan membakar diri mereka di konsulat Atlanta pada bulan Disember.[1]

Latar belakang

Bushnell memulakan kerjayanya dengan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) pada Mei 2020 setelah melakukan Latihan Asas dan Teknikal. Beliau telah dilatih sebagai juruteknik sistem pelanggan setelah dididik dalam keselamatan siber. Beliau kemudiannya bekerja sebagai jurutera DevOps USAF di San Antonio, Texas, dan sedang mengikuti ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan perisian dari Universiti New Hampshire Selatan.[5][2] Seorang rakan Bushnell menyifatkan beliau sebagai "anak kecil yang baik, lembut dan dungu" yang sentiasa berusaha demi "pembebasan untuk semua dengan senyuman di wajahnya".[7]

Peristiwa

Ramai yang tanya diri mereka, "Apa akan aku buat kalau aku hidup masa zaman hamba? Atau zaman Selatan Jim Crow? Atau aparteid? Apa pula kalau negara aku buat genosid?" Jawapannya, itu awak sedang buat. Sekarang.

Aaron Bushnell, mesej terakhirnya di Facebook.[8][9]

Bushnell menghantar mesej kepada media sebelum rancangan bakar dirinya, di mana beliau menulis "Hari ini, saya merancang untuk terlibat dalam tindakan protes ekstrem terhadap genosid rakyat Palestin."[2]

Pada 25 Februari 2024, kira-kira jam 12:58 tengah hari waktu tempatan, Bushnell mendekati kedutaan Israel di Washington, DC, dengan niat untuk membakar dirinya sebagai tindakan protes terhadap Perang Israel−Palestin 2023. Beliau juga telah mencipta akaun Twitch[2] di bawah nama "LillyAnarKitty" dengan bendera Palestin sebagai gambar profilnya dengan kapsyen "Free Palestine".[10] Semasa menyiarkan secara langsung, beliau berkata "Saya ialah anggota aktif Tentera Udara Amerika Syarikat, dan saya tidak lagi ingin bersubahat dalam genosid. Saya akan terlibat dalam tindakan protes yang ekstrem. Tetapi, kalau ingin dibanding dengan apa yang dialami orang Palestin di tangan penjajah mereka, ia taklah ekstrem pun. Inilah yang diputuskan oleh kelas pemerintah kita sebagai perkara biasa,"[11][12] sambil berjalan menuju ke kedutaan Israel.[2]

Di luar pintu pagar kedutaan, Bushnell meletakkan kameranya dan meletakkan dirinya di hadapan pintu pagar. Beliau menuangkan petrol ke atas dirinya dan berseru "Bebaskan Palestin!"[13] Seorang pegawai keselamatan mendekati Bushnell lalu bertanya sama ada beliau memerlukan bantuan, tetapi tidak diendahkan.[2]

Selepas menyalakan dirinya, Bushnell berkali-kali menjerit "Bebaskan Palestin!" tatkala terbakar sehingga rebah ke tanah.[2][3][14][15] Pegawai keselamatan menghubungi radio untuk mendapatkan bantuan. Seorang pegawai polis menghampiri tempat kejadian, mengacukan pistol ke arah Bushnell di luar kamera dan mengarahkannya untuk "turun ke tanah" beberapa kali, manakala pegawai lain menjerit "saya tidak perlukan senjata api, saya perlukan alat pemadam api".[8] Beberapa pegawai bertindak balas ke tempat kejadian dan menggunakan alat pemadam api di Bushnell. Beliau telah diangkut oleh pihak bomba DC ke hospital tempatan, di mana beliau kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya pada usia 25 tahun.[16]

Siasatan

Perkhidmatan Rahsia, Jabatan Polis Metropolitan dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan mengumumkan mereka akan menyiasat kejadian itu.[2] Polis Metropolitan enggan mengesahkan kesahihan strim langsung, dan Tentera Udara AS memetik dasar pemberitahuan keluarga sambil enggan bercakap pada mulanya mengenai situasi itu. Unit pemusnah bom telah dihantar untuk menyiasat kebimbangan mengenai kenderaan yang mencurigakan yang mungkin disambungkan ke Bushnell. Kawasan itu kemudiannya diisytiharkan selamat selepas tiada apa-apa perkara berbahaya ditemui.[17]

Laporan insiden awam yang diberikan kepada pemberita oleh Jabatan Polis Metropolitan menyatakan bahawa Bushnell digambarkan sebagai menunjukkan tanda-tanda tekanan mental sebelum Perkhidmatan Rahsia dapat menghubunginya. Perkhidmatan Rahsia juga telah menerima panggilan mengenai seorang individu yang menunjukkan tanda-tanda tekanan mental.[7]

Kesudahan

Twitch memadamkan strim langsung Bushnell oleh kerana pelanggaran garis panduan,[2] dengan versi strim langsung yang ditapis dimuat naik oleh seorang wartawan ke Twitter.[18] Jurucakap kedutaan Israel mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tiada kakitangan yang cedera dalam kejadian itu.[17][19] Berikutan perbuatannya yang membakar diri, tindakan Bushnell dipuji oleh aktivis seperti Aya Hijazi, Dyab Abou Jahjah, serta calon Parti Hijau Amerika Syarikat Jill Stein, yang kesemuanya memberi penghormatan selepas kematiannya. Walaupun ada yang melihat tindakannya sebagai heroik dan satu pengorbanan, pihak lain menganggap Bushnell telah mengambil langkah melampau dengan membunuh diri, dan memberi amaran bahawa pembakaran diri tidak patut dipuji sebagai satu bentuk protes politik, dan menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan "tindakan peniruan".[20]

Rujukan

  1. ^ a b Kavi, Aishvarya (February 25, 2024). "A man set himself on fire outside the Israeli Embassy in Washington, the police said". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada February 25, 2024. Dicapai pada February 26, 2024.
  2. ^ a b c d e f g h i Guzman, Chad de (February 25, 2024). "U.S. Air Force Member Sets Self on Fire Outside Israel's Embassy in D.C. to Protest War in Gaza". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024.
  3. ^ a b Davies, Emily; Rempfer, Kyle; Lamothe, Dan (February 25, 2024). "Active-duty airman sets himself on fire outside D.C.'s Israeli Embassy". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024. shows him referring to his service in the U.S. armed forces and shouting "Free Palestine" as he burned.
  4. ^ Pitofsky, Marina; Ortiz, Jorge L.; Nguyen, Thao (February 25, 2024). "Air Force member in critical condition after setting himself on fire outside Israeli embassy in Washington". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 25, 2024.
  5. ^ a b "Who is Aaron Bushnell, US Air Force member sets himself on fire outside Israeli Embassy in Washington". The Economic Times. February 25, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024.
  6. ^ Davies, Emily; Hermann, Peter; Lamothe, Dan; Allam, Hannah (February 26, 2024). "Airman dies after setting himself on fire outside Israeli Embassy in D.C." Washington Post. Dicapai pada February 26, 2024.
  7. ^ a b Norton, Tom (2024-02-26). "Aaron Bushnell death report reveals police call about 'mental distress'". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
  8. ^ a b Rahman, Khaleda (February 26, 2024). "Who is Aaron Bushnell? US airman sets himself on fire by Israeli embassy". Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024.
  9. ^ Kube, Courtney; Lenthang, Marlene; Siemaszko, Corky (26 February 2024). "U.S. Air Force member who set himself on fire outside Israeli Embassy in D.C. has died". NBC News. Dicapai pada 26 February 2024.
  10. ^ Nieto, Phillip (February 25, 2024). "Air Force Service Member Sets Himself On Fire Outside Israeli Embassy". Mediaite. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024.
  11. ^ Siddiqui, Brian Osgood,Usaid. "Israel failed to comply with ICJ genocide orders in Gaza: Rights groups". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
  12. ^ Seligman, Lara; Berg, Matt (26 February 2024). "Air Force member dies after setting himself on fire outside Israeli Embassy". Politico (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 February 2024.
  13. ^ "Air Force man sets himself on fire outside Israeli embassy in Washington DC". BBC News. February 25, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024.
  14. ^ "US airman sets himself on fire outside Israel embassy to protest 'genocide'". Al Jazeera. February 26, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024. He then lit himself on fire while yelling "Free Palestine!" until he fell to the ground.
  15. ^ Diver, Tony; Hamblin, Andrea (February 26, 2024). "US military officer sets himself on fire outside Israeli embassy". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2024. Dicapai pada February 26, 2024. standing outside the embassy wearing a military uniform and shouting "Free Palestine" as he burned.
  16. ^ Davies, Emily; Hermann, Peter (February 26, 2024). "Airman dies after setting himself on fire outside Israeli Embassy in D.C." Washington Post. Dicapai pada February 26, 2024.
  17. ^ a b Geoghegan, Tom; Epstein, Kayla; Wendling, Mike (2024-02-26). "Aaron Bushnell: US airman dies after setting himself on fire outside Israeli embassy in Washington" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
  18. ^ Arria, Michael (2024-02-26). "US solider dies of self-immolation in protest of war on Gaza". Mondoweiss (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
  19. ^ Samuels, Ben (February 26, 2024). "U.S. Soldier Fatally Set Himself on Fire Outside Israeli Embassy in Protest of American Support of Gaza War". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
  20. ^ Writer, Andrew Stanton Weekend Staff (26 February 2024). "Aaron Bushnell called a "hero" for pro-Palestinian self-immolation". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 February 2024.
  • l
  • b
  • s
Diplomat
  • Kedutaan Israel, Washington, D.C.
  • Duta besar Israel ke Amerika Syarikat
  • Kedutaan Amerika Syarikat, Baitulmuqaddis
  • Duta besar Amerika Syarikat ke Israel
  • Konsulat Jeneral Israel ke Kawasan Barat Laut Pasifik
  • Konsul jeneral Israel ke Amerika Syarikat
  • Pejabat Cawangan Tel Aviv Kedutaan Amerika Syarikat
  • Konsulat Jeneral Amerika Syarikat, Baitulmuqaddis
  • Biro Hal-Ehwal Timur Tengah
Diplomasi
  • Pelan Rogers
  • Perjanjian Kem David
    • Perjanjian damai Mesir-Israel
    • Perbincangan autonomi Palestin
  • Perjanjian Kerjasam Strategik
  • Perjanjian 17 Mei
  • Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat–Israel
  • Perjanjian Oslo
    • Perjanjian Oslo I
    • Perjanjian Oslo II
  • Perjanjian damai Israel–Jordan
  • Memorandum Sungai Wye
  • Persidangan Kem David 2000
  • The Clinton Parameters
  • Persidangan Taba
  • Doktrin Negroponte
  • Hala tuju keamanan
  • Kumpulan Kemajuan Ekonomi Bersama AS-Israel
  • Persidangan Annapolis
  • Perbincangan keamanan Israel-Palestin 2010-2011
  • Perbincangan keamanan Israel-Palestin 2013-2014
  • Parameter John Kerry
  • Pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat
  • Pengiktirafan Dataran Tinggi Golan sebagai wilayah Israel oleh Amerika Syarikat
  • Persidangan Warsaw Februari 2019
  • Pelan keamanan Trump
  • Perjanjian Abraham
    • Perjanjian normalisasi Emiriah Arab Bersatu-Israel
    • Perjanjian normalisasi Bahrain-Israel
    • Perjanjian normalisasi Israel-Sudan
    • Perjanjian normalisasi Israel-Maghribi
  • Perjanjian normalisasi ekonomi Kosovo dan Serbia
  • Perikatan Indo-Abraham
  • Kumpulan I2U2
  • Persidangan Negev
  • Pertikaian sempadan maritim Israel-Lubnan
Insiden
  • Jack Parsons
  • The Apollo Affair
  • Insiden USS Liberty
  • Pembunuhan beramai-ramai Lapangan Terbang Lod
  • Perbicaraan Sami Esmail
  • Lekem
    • Jonathan Pollard
  • Rachel Corrie
  • Pengeboman Tashkent 2004
  • Steve J. Rosen
  • Skandal pengintipan Lawrence Franklin
  • Ben-Ami Kadish
  • Stewart Nozette
  • Gaza Freedom Flotilla
    • Perjalanan Gaza MV Rachel Corrie
    • Furkan Doğan
  • Kebocoran kabel diplomatik Amerika Syarikat
  • Dakwaan pelan pembunuhan Iran 2011
  • Zivotofsky lwn. Clinton
  • Zivotofsky lwn. Kerry
  • Pembukaan maklumat sulit Donald Trump
  • Serangan Erbil 2022
  • Pembakaran diri Aaron Bushnell
Hubungan ketenteraan
  • Latihan ketenteraan AS-Israel 2012
  • Konflik proksi Iran-Israel
  • Konflik proksi Arab Saudi-Iran
    • Perikatan Arab-Israel
  • Have Doughnut
  • HAVE DRILL
  • Kumpulan Ketenteraan Politik Bersama
  • Pemerolehan Lockheed Martin F-35 Lightning II Israel
  • Sekutu bukan NATO utama
  • Operasi Joshua
  • Operasi Moses
  • Operasi Nickel Grass
  • Operasi Tipped Kettle
  • Safari Club
  • Stuxnet
  • Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal
  • Sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel dalam perang Israel-Palestin 2023
    • Pertukaran tawanan Israel dengan banduan Palestin 2023
Perundangan
  • Resolusi Lodge-Fish
  • Akta Kedutaan Baitulmuqaddis
  • Pemindaan Kyl-Bingaman
  • Akta Kerjasama Strategik Amerika Syarikat-Israel 2014
  • Akta Antiboikot Israel
  • Akta Melawan BDS
Berkaitan
  • Hubungan Amerika Syarikat–Palestin
  • Pelobian Israel di Amerika Syarikat
  • Pelobian anti-Israel di Amerika Syarikat
  • Penentangan penjajahan Israel di Amerika Syarikat
  • Lawatan Robert F. Kennedy ke Palestin 1948
  • Persatuan Hak Setara Palestin Amerika
  • Yayasan Budaya Amerika-Israel
  • Liga Persahabatan Amerika-Israel
  • Ahli Profesional dan Rakan Perubatan Amerika untuk Perubatan di Israel
  • Jawatankuasa Yahudi Amerika
  • Forum Hal-Ehwal Awam Palestin Amerika
  • Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel Amerika
  • Pasukan Petugas Amerika di Palestin
  • Liga Antifitnah
  • BlueStar PR
  • Yayasan BIRD
  • Pusat Dasar Timur Tengah
  • Christians United for Israel
  • Jawatankuasa Ketepatan Kewartawanan Timur Tengah di Amerika
  • Jawatankuasa Keadilan dan Keamanan di Tanah Suci
  • Persidangan Presiden Pertubuhan Yahudi Amerika Utama
  • Majli Koordinasi di Baitulmuqaddis
  • Komuniti Kreatif untuk Keamanan
  • Majlis Kepentingan Kebangsaan
  • The David Project
  • Democratic Majority for Israel
  • Emergency Committee for Israel
  • Hibur
  • If Americans Knew
  • Institut Pengajian Strategik dan Politik Lanjutan
  • Institut Pemahaman Timur Tengah
  • Majlis Israel-Amerika
  • Israel on Campus Coalition
  • Forum Dasar Israel
  • Israel Project
  • J Street
  • Majlis Hal-Ehwal Awam Yahudi
  • Institut Keselamatan Kebangsaan Amerika Yahudi
  • Jawatankuasa Tindakan Bersama Hal-Ehwal Politik
  • Pusat Hak Asasi Manusia Undang-Undang Louis D. Brandeis
  • Media Watch International
  • Yayasan Keluarga Milstein
  • NORPAC
  • Project Interchange
  • Queers Undermining Israeli Terrorism
  • StandWithUs
  • Yayasan Sains Dwikebangsaan Amerika Syarikat-Israel
  • Pertubuhan Zionis Amerika
  • Paul Findley
  • Sekolah Antarabangsa Amerika Baitulmuqaddis
  • Sekolah Antarabangsa Amerika Walworth Barbour
  • Plaza Memorial Hidup 9/11
  • The Armageddon Network
  • They Dare to Speak Out
  • A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm
  • The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy
  • The Occupation of the American Mind
Kategori Kategori:Hubungan Amerika Syarikat–Israel