Nian

Tarian singa China Selatan menyerupai raksasa Nian

Dalam mitos Cina, raksasa Nian (Cina Tradisional: 年獸code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 年兽code: zh is deprecated , pinyin: nián shòu) ialah seekor makhluk yang muncul pada musim bunga. Perkataan bahasa Cina bagi tahun berdasarkan ketibaan makhluk ini. Satu ungkapan untuk menyambut Tahun Baru Cina, guo nian (Cina Tradisional: 過年code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 过年code: zh is deprecated , pinyin: guò nián) bererti perempuhan raksasa Nian. Adalah dipercayai bahawa raksasa Nian tinggal di dasar laut dan tiba di daratan untuk menyerang manusia pada masa yang sama setiap tahun. Tradisi Cina berhias serba merah, membakar mercun, dan tarian singa yang diiringi gendang dan gong kuat bertujuan mengusir makhluk ini.

Raksasa Nian

Raksasa Nian selalu tiba di China lalu memakan sesiapa yang dijumpainya, namun dalam sesetengah kisah, seorang dewa dikatakan memperguna kuasa-kuasa raksasa Nian (memakan ular berbisa dan membunuh haiwan buas seperti harimau dan singa) sebelum menjinakkan raksasa itu (dengan menunjukkan pakaian merahnya untuk menakutkan raksasa Nian yang takut akan warna merah). Semenjak itu, orang ramai memasang kuplet merah untuk menghindari kembalinya raksasa Nian.

Ketika Tahun Baru Cina, terdapat dua jenis tarian singa. Singa utara Rui Shi (Cina Tradisional: 瑞獅code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 瑞狮code: zh is deprecated , pinyin: ruì shī) berambut panjang, bertelinga terkulai dan berkepala bulat tanpa tanduk. Namanya diterjemah sebagai singa, tetapi semestinya bukan sejenis dengan singa di Afrika. Singa utara ini berasaskan rupa singa penjaga agung. Singa selatan pula, terutamanya yang Kantonis, bertanduk satu pada dahinya. Singa Kantonis ini berasaskan rupa Nian, tetapi tidak sama dengan singa utara. Sesetengah legenda menceritakan bahawa tarian singa Kantonis ialah lakonan semula kisah Bu Dai menjinakkan raksasa Nian.

See also

  • Singa penjaga agung untuk pengggunaan imej singa sebagai patung di pintu masuk kawasan diraja. Diingatkan bahawa Nian (bertanduk) dand singa penjaga (tidak bertanduk) adalah tidak sama.
  • Pixiu, makhluk yang serupa tetapi bersayap.
  • Qilin, menggambungkan ciri-ciri ikan, singa, rusa dan lembu.
  • Luduan, sejenis makhluk bertanduk satu.
Nian gaya selatan yang bercirikan singa, unikorn dan lembu (Ming)

Pautan luar

  • Lion Directory Worldwide Directory for Lion & Dragon Dancing
  • MyLion - The International Lion Dance Community
  • A Singapore webpage describing differences between the northern and southern lion dance (with pictures)
  • A Taiwanese version of Nian