Muassasah Darul Ulum

Kompleks Pendidikan
Muassasah Darul Ulum
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1984
Lokasi
Kuala Nerang
,
Kedah
,
Malaysia
KampusMuassasah Darul Ulum, Kuala Nerang, Kedah

Muassasah Darul Ulum atau Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum merupakan Institusi Pengajian Tinggi Islam di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang diasaskan oleh bekas Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. Ia menawarkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) dan peringkat sijil tinggi di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Penubuhan Muassasah ini terinspirasi daripada Markas Pusat Jamaat-e-Islami Pakistan yang terletak di Mansoorah, di mana terdiri daripada kompleks pendidikan yang lengkap, termasuk rumah tetamu dan rumah pimpinan utama Jamaat-e-Islami Pakistan. Muassasah ini ditubuhkan di bawah pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan dipimpin oleh Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi selaku Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum.

Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum atau KIDU merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam Muassasah Darul Ulum. Majis Pelancaran diadakan pada 10 November 1986 yang disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Yusof Abdullah Rawa, Yang Dipertua PAS Pusat pada masa itu. KIDU memulakan kemasukan pelajar secara rasminya pada tahun 1992. KIDU menawarkan pengajian Diploma Syariah Islamiyah. Tamhidi atau Pra-STAM serta kelas-kelas pengukuhan al-Quran dan Bahasa Arab.

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum atau SMIDU ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat dalam Muassasah Darul Ulum. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di atas nama Markas Tarbiah Watta’lim. Kemudian pada 1998, nama sekolah ini dengan rasminya ditukar kepada nama sekarang, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
List-Class article Senarai universiti di Malaysia
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Komprehensif
Universiti Pendidikan
Universiti Teknikal
Politeknik
Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti
Kolej Universiti
Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera
Akademi Polis
Perikatan Universiti
  • Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
  • en:University System of Tunku Abdul Rahman
Kategori Kategori:Universiti dan kolej di Malaysia - en:Malaysian university leaders - en:Rankings of universities in Malaysia - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Pendidikan di Malaysia