Mohd Razman Roslan

Razman Roslan
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohammad Razman bin Roslan
Tarikh lahir (1984-08-14) 14 Ogos 1984 (umur 39)
Tempat lahir Kajang, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1997–2001 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2002–2005 Selangor B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2012 Selangor 125 (5)
2013–2015 Pahang 62 (4)
2016–2018 Selangor 43 (1)
2019–2021 Melaka United 35 (0)
Pasukan kebangsaan
2010–2015 Malaysia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 November 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 November 2015

Mohd Razman bin Roslan (lahir 14 Ogos 1984) adalah seorang bekas pemain bola sepak Malaysia dan pundit bola sepak Malaysia.

Sebagai pemain, Razman beraksi lebih dari 280 perlawanan dan menjaringkan 9 gol dalam semua pertandingan kompetitif bersama Selangor, 104 perlawanan dan menjaringkan 4 gol dalam semua pertandingan kompetitif bersama Pahang, dan 49 perlawananan dalam semua pertandingan kompetitif bersama Melaka United. Razman turut mempunyai 10 caps bersama Malaysia.[1]

Kerjaya kelab

Razman memulakan kerjayanya bersama Selangor. Beliau diserapkan ke dalam skuad utama Selangor untuk pertandingan Piala Malaysia 2004. Dia menjaringkan gol kemenangan Selangor ketika bertemu Sarawak di Stadium Shah Alam dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2004.[2]

Pada musim 2005 Razman menjuarai "treble" (Liga Premier Malaysia, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia) bersama Selangor. Pada musim 2009 pula, beliau menjuarai Liga Super Malaysia dan Piala FA Malaysia bersama Selangor.

Razman berpindah ke Pahang pada 2013. Beliau menjuarai Piala Malaysia pada musim pertamanya, diikuti dengan menjuarai Piala Sumbangsih 2014, Piala FA 2014 dan Piala Malaysia 2014.[3][4]

Pada musim 2016, Razman kembali ke Selangor dan dilantik sebagai kapten.[5] Pada musim 2019 Razman menyertai Melaka United.[6]

Pasukan kebangsaan

Pada 2005, Bertalan Bisckei menyenaraikan Razman untuk mewakili skuad bawah 23 tahun Malaysia untuk siri persahabatan di Poland.[7] Beliau turut disenaraikan untuk pertandingan AFF B-23 2005.[8]

Pada 2010, K. Rajagobal menyenaraikan Razman untuk Piala AFF Suzuki 2010.[9] Razman mendapat caps pertamanya ketika tewas 5-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFF 2010. Beliau turut beraksi dalam perlawanan akhir kedua sebagai pemain gantian.[10] Malaysia mengatasi Indonesia 4-2 secara aggregate untuk menjuarai Piala AFF 2010.

Rujukan

  1. ^ Malaysia - Record International Players - RSSSF.
  2. ^ "Selangor buat Sarawak putih mata di Shah Alam". www.bharian.com.my. Berita Harian. 30 Ogos 2004.
  3. ^ "Razman reaps rewards after Pahang move". www.nst.com.my. New Straits Times. 30 October 2014.
  4. ^ "Pahang julang Piala Malaysia penuh dramatik". www.utusanborneo.com.my. Utusan Borneo. 3 November 2014.
  5. ^ "Razman kembali sarung jersi Selangor". www.hmetro.com.my. Harian Metro. 19 December 2015.
  6. ^ "Tiga bekas kapten negara sertai Melaka United". www.bharian.com.my. Berita Harian. 10 December 2018.
  7. ^ "Peluang pemain kutip pengalaman di Poland". www.bharian.com.my. Berita Harian. 29 Julai 2005.
  8. ^ "BICSKEI UNPERTURBED". www.malaymail.com. The Malay Mail. 26 Ogos 2005.
  9. ^ "Percaturan Rajagobal". www.hmetro.com.my. Harian Metro. 29 November 2010.
  10. ^ Indonesia vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2010 - Global Sports Archive.
  • l
  • b
  • s
Skuad MalaysiaPiala Suzuki AFF 2010 - Juara Kali Pertama
Malaysia
Persondata
Nama Mohd Razman Roslan
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Malaysian footballer
Tarikh kelahiran 14 August 1984
Tempat kelahiran Selangor
Tarikh kematian
Tempat kematian