Masjid Kali Pasir


Masjid Kali Pasir is located in Bumi
Masjid Kali Pasir
Masjid Kali Pasir (Bumi)
Info asasLokasiTangerang, Banten, IndonesiaKoordinat geografi6°10′45.2″S 106°37′43.9″E / 6.179222°S 106.628861°E / -6.179222; 106.628861Koordinat: 6°10′45.2″S 106°37′43.9″E / 6.179222°S 106.628861°E / -6.179222; 106.628861AgamaSunah WaljamaahNegaraIndonesiaPenerangan seni binaJenis seni binaMasjidGaya seni binaCinaPengasasTumenggung Pamit WijayaLuas dalaman288 m2

Masjid Kali Pasir ialah masjid tertua di bandar Tangerang, peninggalan Kerajaan Pajajaran.[1] Ia terletak di tebing sungai Cisadane, di tengah-tengah kediaman Cina dan dicirikan oleh corak Cina.[1]

Sejarah

Masjid ini didirikan pada tahun 1700 oleh Tumenggung Pamit Wijaya dari Bogor Kahuripan dan berkeluasan lebih kurang 288 meter persegi.[2][3] Pada asalnya Tumenggung Pamit Wijaya ingin melakukan Islam syiar dari Kesultanan Cirebon ke Banten tetapi singgah di Tangerang dan mendirikan masjid.[3] Pembinaan masjid dilakukan oleh orang Islam dengan bantuan etnik Cina.[4] Pada tahun 1712 pengurusan masjid diserahkan kepada anaknya, Raden Bagus Uning Wiradilaga.[2] Masjid ini telah berulang kali diubah suai, tetapi bangunannya masih bergaya Arab, Cina dan Eropah.[4] Pada masa ini, hanya dua bahagian seni bina yang masih lengkap dikekalkan iaitu empat tiang masjid dan kubah kecil bercorak China.[3]

Rujukan

  1. ^ a b "Masjid Kali Pasir Warisan Sejarah Islam di Kawasan Pecinan". Dicapai pada 12 Mei 2014.
  2. ^ a b "Masjid Kali Pasir". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2014. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  3. ^ a b c "Menengok Masjid Tertua Bercorak Tionghoa". Dicapai pada 12 Mei 2014.
  4. ^ a b "Unik,Pecinan Tangerang Punya Masjid Bermenara Pagoda". Dicapai pada 12 Mei 2014.


Templat:Indonesia-mosque-stub