Mariam Saleh

Profesor Dr

Mariam Saleh

Ph.D
مريم صالح
Menteri Hal Ehwal Wanita Negara Palestin
Dalam jawatan
Mac 2006 – Mac 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehZahira Kamal
Digantikan olehAmal Seyam
Ahli Majlis Perundangan Palestin
Penjawat kini
Memegang jawatan
Januari 2006
Kumpulan parlimen Blok Perubahan dan Pembaharuan
Butiran peribadi
LahirMariam Mahmud Hasan Saleh
مریم محمود حسن صالح

1953 (umur 70–71)
Kem Pelarian Dier Ammar, Ramallah
Parti politik Hamas

Dr. Mariam Saleh (Arab: مريم صالحcode: ar is deprecated ) ialah seorang ahli politik wanita di Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin dalam kabinet pertama pimpinan Ismail Haniyeh pada Mac 2006 sehingga Mac 2007.[1] Beliau digantikan oleh Amal Seyam selepas rombakan kabinet pada Mac 2007.

Beliau ialah ahli Majlis Perundangan Palestin dari senarai perwakilan dalam Blok Perubahan dan Pembaharuan sejak 2006.[2]

Latar belakang

Mariam dilahirkan di Kem Pelarian Deir Ammar pada 1953, namun keluarga berasal dari perkampungan di Beit Nabala (kini di Lod dan Ramla dalam Israel). Beliau kembali ke wilayah Palestin pada 1993 selepas menghabiskan 22 tahun di Arab Saudi. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Sekolah Perempuan al-Bireh pada 1971 dan memegang sarjana muda syariah Islam dari Universiti Raja Abdulaziz di Jeddah dan sarjana serta ijazah kedoktoran dalam syariah Islam dari Universiti Umm al-Qura di Mekah.[3]

Kerjaya

Beliau ialah seorang profesor di Universiti al-Quds, dan menjadi profesor pelawat di Universiti Terbuka al-Quds. Beliau membuat penyelidikan mengenai kebudayaan Islam dan hak politik wanita dalam Islam. Selepas pembubaran kabinet Palestin Mac 2007, beliau menjadi profesor di Institut Perundangan al-Batul dan menjadi anggota Persatuan Wanita al-Huda.[3]

Rujukan

  1. ^ "JMCC / Politics in Palestine /PA Cabinet / Government". web.archive.org. 2008-09-05. Dicapai pada 2023-11-12.
  2. ^ "The Second 2006 PLC Elections Winning Candidates for the electoral lists" (PDF). web.archive.org. Dicapai pada 2023-11-12.
  3. ^ a b "JMCC - Mariam Saleh". www.jmcc.org. Dicapai pada 2023-11-12.
  • l
  • b
  • s
Bendera Pahang Gerakan Perjuangan Islam (Hamas)
Sayap politik
  • Biro Politik Hamas
  • Pentadbiran Genting Gaza
  • Jawatankuasa Pentadbiran Gaza
Pilihan raya
Kabinet
Tokoh
Ketua di Genting Gaza
Menteri Kabinet Palestin
2006–2007
2007
Menteri di Gaza
2007–2012
2012–2014
Ketua Pentadbiran Gaza
  • Abdul Salam Seyam (2017)
  • Mohammed Awad (2019–2021)
  • Issam al-Daalis (2021–kini)
Sayap ketenteraan
Tokoh
Peristiwa
terkenal
Media
Lain-lain
Kategori Kategori
Ikon tunas

Rencana berkenaan Palestin ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s