Kenderaan hidrogen

Sequel, kenderaan berkuasa sel bahan api keluaran General Motors
Isian bahan api hidrogen kereta BMW, Museum Autovision, Altlußheim, Jerman
Tangki hidrogen cecair Linde, Museum Autovision, Altlußheim, Jerman

Kenderaan hidrogen merupakan kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api untuk kuasa bergerak, tidak kira sama ada berbentuk kenderaan pengangkutan peribadi seperti kereta, atau mana-mana jentera pengangkutan lain yang menggunakan hidrogen sedemikian, seperti pesawat. Loji kuasa kenderaan ini menukar tenaga kimia hidrogen menjadi tenaga mekanik (tork) sama ada melalui pembakaran atau penukaran elektrokimia dalam sel bahan api:

  • Dalam pembakaran, hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa dengan kereta petrol tradisional.
  • Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik, elektrik ini digunakan untuk menjana motor tarikan elektrik.

Molekul hidrogen yang diperlukan sebagai bahan api dalam kenderaan hidrogen boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang (melalui proses pengegasan arang), gas petroleum cair, biojisim (pengegasan biojisim), melalui proses termolisis, atau sebagai hasil buangan mikrob yang dipanggil biohidrogen atau penghasilan hidrogen biologi. Hidrogen juga boleh dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Jika elektrik yang digunakan untuk elektrolisis dihasilkan menggunakan tenaga boleh baharu, maka penghasilan hidrogen (pada dasarnya) akan menyebabkan tiada pengeluaran karbon dioksida bersih. Penguraian dalam kenderaan untuk menghasilkan hidrogen boleh berlaku apabila mangkin digunakan.

Hidrogen ialah sejenis pembawa tenaga, bukan sumber tenaga, maka tenaga yang digunakan kereta perlu disumbangkan oleh loji kuasa biasa atau stesen hidrogen rumah. Salah satu faedah pengeluaran kenderaan hidrogen besar-besara yang diperkatakan adalah boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah tanaman dan perosak lapisan ozon.[1] Lebih-lebih lagi, penukaran bahan api fosil boleh dialihkan dari kenderaan, seperti kenderaan masa kini, ke loji kuasa pusat di mana hasil sampingan pembakaran atau pengegasan boleh dikawal dengan lebih baik berbanding di paip ekor. Namun begitu, adanya rintangan teknikal dan ekonomi dalam pelaksanaan penggunaan kenderaan hidrogen secara meluas, di samping wujudnya alternatif yang kurang mahal. Mungkin berpiuluh-puluh tahun diperlukan untuk mengatasi rintangan-rintangan ini, dan kenderaan hidrogen mungkin tidak akan dihasilkan secara meluas.[2][3] Untuk aplikasi mobil, hidrogen dianggap sebagai "salah satu kaedah paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau".[4]

Rujukan

  1. ^ Schultz, M.G., Thomas Diehl, Guy P. Brasseur, and Werner Zittel. Air Pollution and Climate-Forcing Impacts of a Global Hydrogen Economy. Science 24 October 2003 302: 624-627[1]
  2. ^ From TechnologyReview.com "Hell and Hydrogen", March 2007
  3. ^ Squatriglia, Chuck (May 12, 2008). ""Hydrogen Cars Won't Make a Difference for 40 Years"". Wired. CondéNet, Inc. Dicapai pada 2008-05-13.
  4. ^ Boyd, Robert S. (May 15, 2007). ""Hydrogen cars may be a long time coming"". McClatchy Newspapers. Dicapai pada 2008-05-09.

Pautan luar

  • California Fuel Cell Partnership Diarkibkan 2008-06-25 di Wayback Machine
  • Clean Energy Partnership Diarkibkan 2006-07-08 di Wayback Machine
  • C-Net - Hydrogen: More Polluting than Petroleum?
  • Does a Hydrogen Economy Make Sense? Diarkibkan 2008-07-24 di Wayback Machine
  • EERE - FreedomCAR
  • European Fuel Cell Forum
  • Hydrogen Cars Now
  • National Alternative Fuels Training Consortium - Technical Library Diarkibkan 2007-08-28 di Wayback Machine
  • ELECTRIC MOBILITY NEWS APORTAL
  • Toronto Star article on hydrogen trains dated 21 Oktober 2007
  • NOVA - Video on Fuel Cell Cars (aired on PBS, 26 Julai 2005)
  • Sandia National Laboratory - Hydrogen Engine Diarkibkan 2006-09-22 di Wayback Machine
  • Spirit of Ma'at - Video of an engine running on hydrogen from water
  • UK Low Carbon and Fuel Cell Knowledge Transfer Network
  • New Hydrogen-Powered Land Speed Record from Ford
  • Who Killed The Electric Car? (2006)