Kashiwazaki (柏崎市; Kashiwazaki-shi) terletak di wilayah Niigata, Jepun, kira-kira 200 km di barat laut ibu negaranya Tokyo.
Dari segi sejarah, bandar ini diasaskan pada 1 Julai 1940. Pada 1 April 2005, penduduknya dianggarkan seramai 95,409 orang dengan kepadatan 216.17 setiap km persegi. Luas bandar ini ialah 440.55 km².
Di sini juga terdapat loji nuklear yang dinamakan Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa, yang terbesar di dunia.
Sejarah
Kawasan kaki lima di Kashiwazaki selepas gempa bumi.
Gempa bumi Kashiwazaki
Pada 16 Julai 2007, bandar ini terjejas oleh gempa bumi yang berlaku di perairan Kashiwazaki dengan kekuatan 6.8 magnitud. Ia membunuh sekurang-kurangnya 8 orang dan mencederakan 700 yang lain. Ia juga menyebabkan keputusan bekalan elektrik, amaran tsunami dan kebakaran serta kebocoran di Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa.
Perayaan
Kashiwazaki menjadi lokasi utama beberapa acara besar seperti Pesta Kaze no Jin setiap bulan Mei, Pesta En Ma Ici pada bulan Jun dan Pesta Gion pada bulan Julai.