Kanta fotografi

Kanta fotogtafi: Canon EF 50mm F1.4 USM, contoh kanta prima (kanta jarak fokus tunggal) dan kanta normal

Kanta fotografi (atau kanta objrk) ialah sejenis atau sehimpunan kanta optik yang digunakan dalam mekanisme kamera untuk menghasilkan imej objek sama ada pada filem atau mana-mana bahantara yang mampu menyimpan imej secara kimia mahupun elektronik.

Kanta fotografi dari tiga sudut. Sigma 24mm f1.8, contoh kanta sudut luas prima laju.

Walaupun secara prinsipnya kanta cembung ringkas adalah memadai, namun secara praktis kanta majmuk yang terdiri daripada sebilangan unsur kanta optik diperlukan untuk membetulkan (sebaik mana yang mampu) sebilangan besar aberasi optik yang timbul. Sesetengah aberasi pasti akan timbul di mana-mana sistem kanta. Oleh itu, pereka kanta bertanggungjawab mengimbangi aberasi tersebut dan menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kegunaan fotografi dan penghasilan secara besar-besaran.

Tiadanya perbezaan ketara dari segi prinsip antara kanta yang digunakan untuk kamera, teleskop, mikroskop, atau mana-mana peranti seumpamanya, cuma rekaan terperinci dan pembinaannya yang berlainan.

Kanta boleh ditetapkan dalam kamera secara berkekalan, ataupun ditukatkan dengan kanta-kanta yang berlainan jarak fokus, apertur, dan ciri-ciri lain.

Teori fungsi

Prinsip kamera lubang jarum. Sinaran cahaya dari objek melalui lubang kecil untuk membentuk imej.

Kebanyakan kanta fotografi dapat dibayangkan sebagai kanta lubang jarum yang diubah suai. Kanta lubang jarum memang pilihan tepat, tetapi ada batasnya, iaitu leraian terhad, kerana mengikut ilmu optik geometrik, lubang jarum yang lebih kecil meningkatkan leraian tetapi mengurangkan cahaya; apatah lagi pembelauan mengehadkan keberkesanan pengecilan lubang. Justeru itu, kebanyakan kanta fotografi boleh dibayangkan sebagai jawapan kepada persoalan "bagaimanakah untuk mengubah suai kanta lubang jarum untuk melebihkan kemasukan cahaya sambil meningkatkan leraiannya?" Langkah pertama adalah memasang kanta cembung ringkas pada lubang jarum dengan jarak fokus yang bersamaan dengan jarak dari satah filem (dengan anggapan bahawa kamera akan mengambil gambar objek jauh). Ini membolehkan kita membuka sedikit lubang jarum itu. Geometrinya hampir-hampir sama dengan kanta lubang jarum ringkas, cuma tidak diterangi oleh sinaran cahaya tunggal, sebaliknya setiap titik imej diterangi oleh "sepensel" sinaran cahaya yang difokuskan. Kita berdiri di hadapan kamera dan memerhatikan lubang kecil itu. Imej ini dikenali sebagai pupil masuk, di mana segala sinaran cahaya yang meninggalkan sesuatu titik objek yang melalui bukaan ini akan difokuskan pada titik yang sama pada filem. Andainya kita berada dalam kamera, kita akan menyaksikan kanta bertindak selaku projektor. Imej bukaan ini merupakan pupil keluar.

  • Jika lubang jarum besar, tompok imej juga besar, tetapi kabur.
    Jika lubang jarum besar, tompok imej juga besar, tetapi kabur.
  • Jika lubang jarum kecil, maka cahaya dikurangkan, apalagi pembelauan menghalang tompok imej dari mengecil lagi.
    Jika lubang jarum kecil, maka cahaya dikurangkan, apalagi pembelauan menghalang tompok imej dari mengecil lagi.
  • Dengan kanta ringkas, banyak lagi cahaya yang boleh difokuskan dengan jelas.
    Dengan kanta ringkas, banyak lagi cahaya yang boleh difokuskan dengan jelas.

Kanta fotografi amali merangkumi berbagai-bagai unsur kanta. Unsur-unsur tambahan ini membolehkan pereka kanta mengurangkan pelbagai aberasi, namun prinsip fungsinya tetap sama: "pensel-pensel" sinaran dikumpul di pupil masuk dan difokuskan dari pupul keluar hingga ke satah imej.

Pautan luar

  • Lens article at Camerapedia.org
  • Photo.net Lens Tutorial
  • Canon virtual lens plant Diarkibkan 2007-08-14 di Wayback Machine (requires Flash)
  • optical glass
  • l
  • b
  • s
Fotografi
Istilah teknikal

Bukaan · Bulatan kekeliruan · Dedahan · Format filem · Gambar foto · Herotan perspektif · Jarak fokus · Jarak hiperfokus · Jurus pandang · Kedalaman fokus · Kedalaman medan · Kelajuan filem · Kelajuan pengatup · Kesalingan · Kesan mata merah · Luru ·

Nombor F · Pampasan dedahan · Percetakan gambar foto · Proses fotografi · Ragam permeteran · Sains fotografi · Sistem zon · Suhu warna
Genre

Alam · Alam benda · Bogel · Dalam air · Dokumentar · Erotik · Fesyen · Forensik · Glamour · Hidupan liar · Hitam Putih · Kelajuan tinggi · Kewartawanan foto · Jalan · Komersil · Majlis perkahwinan · Pornografi · Post-mortem · Potret · Senior · Seni halus · Skap awan · Stok · Udara · Vernakular

Teknik

Bokeh · Bunga api · Condong-anjak · Contre-jour · Dedahan berbilang · Denyar pembantu · Digipengaluran · Fotogram (Kirlian) · Fotografi berulang · Gulung keluar · Inframerah · Kesan Sabatier · Makro · Malam · Panorama · Pembinaan filem · Pencetakan matahari · Pencetakan tolak · Pemprosesan silang · Pengatup Harris · Pengayakan · Pengetonan cetak · Penguncupan · Selang-masa · Sianotip · Stereoskopi · Udara wau · Ultraungu

Komposisi

Geometri dan simetri · Kesederhanaan · Pembingkaian · Peraturan pertiga · Ruang atas · Ruang depan

Kelengkapan
Bilik gelap (Cahaya selamat · Pembesar) · Filem (Dasar · Format · Kamera (Cegat) · Lubang jarum · Mainan · Pegun · Penilik julat · SLR · TLR · Kanta fotografi · Lampu denyar · Pemegang · Plat zon · Projektor filem · Projektor slaid · Pengeluar · Stock) · Tripod · Turas
Sejarah
Autochrome Lumière · Daguerreotype · Dufaycolor · Garis masa teknologi fotografi
Fotografi digital

Kamera digital (D-SLR · Peranti belakang digital) · Penderia imej (CMOS APS · CCD · Foveon X3 · Tiga-CCD) · Pengimbas filem · Pengongsian gambar foto · Perbandingan digital dan filem · Piksel

Fotografi warna

Filem warna (Cetak · Slaid) · Pengurusan warna (Ruang warna · Warna dasar · RGB · CMYK) · Warna

Pemprosesan fotograf

Pembina · Pemprosesan silang · Pemprosesan tolak  · Penetap · Pengganding pencelup · Proses C-41 · Proses E-6 · Proses K-14 · Rendaman henti

Topik yang lain

Camera obscura · Fotografi dan undang-undang · Holografi · Keteguhan cetak · Lomografi · Muzium dan galeri fotografi (kategori) · Pemvignetan · Pencetakan gam · Proses gelatin-perak · Seni tampak

Senarai jurugambar · Senarai gambar foto yang paling mahal