Jalan kampung

Jalan kampung berhampiran Kampung Air Papan Laut, Johor.
Seekor kelinci liar di sebatang jalan kampung di England.
Tempat berselisih di sebatang jalan kampung di Scotland.

Jalan kampung merupakan sejenis jalan raya sempit di kawasan kampung. Biasanya ia dibina sebagai jalan raya selorong (iaitu, jalan berturap yang tidak cukup lebar untuk dua kenderaan berselisih), memandangkan kecenderungan kenderaan untuk berselisih adalah jarang berikutan bilangan kenderaan yang sangat kurang.

Di Malaysia, jalan kampung dikenali sebagai Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan dibina di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia bertindak sebagai badan pelaksana.[1] Kebanyakan jalan kampung adalah dari jenis jalan raya selorong, tetapi ada juga jalan kampung yang dibina sebagai jalan dua lorong bagi menampung kapasiti trafik yang lebih tinggi. Piawaian JKR R1 digunakan bagi jalan kampung selorong, dengan lebar minimum jalan 5.0 m (termasuk bahu jalan) bagi membolehkan kenderaan dari dua arah yang bertentangan beralih ke tepi semasa berselisih.[2] Di sesetengah negara lain pula, titik berselisih dibina di sepanjang jalan kampung untuk membolehkan kenderaan berselisih.

Lihat juga

  • Jalan raya selorong
  • Jalan tanah

Rujukan

  1. ^ Jalan Kampung Diarkibkan 2011-10-07 di Wayback Machine - dari laman web rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Dicapai pada 2 November 2011.
  2. ^ Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - A Guide on Geometric Design of Roads Diarkibkan 2011-08-25 di Wayback Machine oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Jalan raya dan persimpangan
Jenis jalan
Jalan raya utama
Jalan arteri  · Jalan pengumpul  · Lorong tempatan-ekspres  · Lebuh raya dua lorong  · Jalan 2+1  · Jalan 2+2  · Lebuh raya taman  · Jalan super two  · Jalan raya utama  · Sistem lebuh raya mengikut negara
Jalan raya tempatan
Lorong  · Persiaran  · Jalan mati  · Jalan depan  · Jalan raya  · Jalan raya tunggal  · Jalan kampung  · Jalan raya selorong
Istilah lain
Permukaan jalan
Konkrit aspal  · Batu-bata  · Batu bundar  · Konkrit  · Tanah  · Batu kerikil  · Air batu  · Makadam  · Minyak (bitumen)  · Papan  · Tarmak
Persimpangan jalan
Persimpangan bertingkat
(pengasingan aras)
Bunga cengkih  · Berlian  · Halaan T  · Berlian mencapah  · Parclo  · Air hujan  · Bulatan  · SPUI  · Bertenggek  · Berlian tiga aras  · Trompet
Persilangan
(searas)
Simpang tiga  · Simpang empat  · Petak kuning  · Bulatan
Pembahagi jalan  · Penandaan permukaan jalan raya  · Kaki lima