Histeria The Series

  • Drama
  • Seram ghaib
  • Thriller
Berdasarkan daripada
Histeria oleh James LeeDitulis oleh
  • James Lee
  • Baizura Kahar
  • Sharmaine Othman
PengarahJames Lee
Dibintangi oleh
  • Mia Sara Shauki
  • Sharifah Aryana
  • Amelia Christie
  • Serra Kamal
Lagu pembukaan"Histeria" oleh Nadia HasnanLagu penutup"Histeria" oleh Nadia HasnanNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod8PenerbitanPenerbit eksekutif
  • Raja Jastina Raja Arshad
  • Gayatri Su-Lin Pillai
PenerbitSyahrul Imran ShariffuddinSinematografiTan Teck ZeeTempoh siaran40–45 minit
Syarikat penerbitan
  • Astro Shaw
  • Infinitus Gold
PenyiaranSaluran asalAstro CitraFormat gambar1080i (HDTV)Format audioDolby Digital PlusSiaran asal6 Jun 2022 – 25 Julai 2022KronologiMengikutiKuasaDiikuti olehMurder By Moonlight

Histeria The Series ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan James Lee dengan skrip oleh Lee, Baizura Kahar dan Sharmaine Othman. Dibintangi oleh Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Amelia Christie dan Serra Kamal, ia mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama yang mula dihantui oleh kejadian misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Diadaptasi dari filem 2008 bertajuk sama juga arahan Lee, siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 6 Jun sehingga 25 Julai 2022.[1][2][3]

Sinopsis

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar di sebuah sekolah asrama, Sekolah Sri Fatimah mulai dihantui oleh kejadian misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu. Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku 10 tahun lalu bakal berulang.

Pelakon

  • Mia Sara Shauki sebagai Alia[1]
  • Amelia Christie sebagai Puteri[1]
  • Sharifah Aryana sebagai Diana[1]
  • Serra Kamal sebagai Zee[1]
  • Namron sebagai Inspektor Ismail[1]
  • Liyana Jasmay sebagai Murni[1]
  • Ziha Salleh sebagai Dr. Aishah[1]
  • Ziana Zain sebagai Puan Nora[1][4]
  • Farah Ahmad sebagai Cikgu Zuraidah[1]
  • Tony Eusoff sebagai Prof Zainal[1]
  • Rosdeen Suboh sebagai Pak Azman[1]
  • Mathni Razak sebagai Cikgu Rayyan[1]
  • Fimie Don sebagai Khairul[1]
  • Arash Mohamad sebagai Dato' Kassim
  • Aznie Azmi sebagai Farah[1]
  • Riesha Aslan sebagai Vanidah[1]
  • Rawaida Jimi sebagai Julia[1]
  • Tisya Ong sebagai Sakinah[1]
  • Alvy Joanna sebagai Ily[1]

Penerbitan

Histeria The Series ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold.[5][6]

Menurut James Lee, siri ini ada cabaran tersendiri berbanding versi filem yang mana tempoh masanya lebih pendek dan singkat. Katanya: "Cabaran utama adalah bagaimana untuk saya kembangkan jalan cerita siri ini. Saya perlu cipta karya yang relevan dengan waktu dan pada masa sama, perlu ada kesinambungan dengan cerita asal. Dalam proses itu, saya dan pasukan produksi membuat keputusan untuk membawa semula watak lakonan Liyana [Jasmay] sebagai Murni dan Nam Ron sebagai detektif,".[7]

Untuk menghidupkan watak Alia, Mia Sara Shauki menjayakan adegan merokok dalam siri ini. Beliau meminta pandangan bapanya yang juga pelakon, Afdlin Shauki sebelum melakonkan sebarang babak sensitif yang boleh mengundang kecaman ramai.[8]

Episod

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Mukadimah"6 Jun 2022 (2022-06-06)
2"Mati Hidup Kembali"13 Jun 2022 (2022-06-13)
3"Pulang"20 Jun 2022 (2022-06-20)
4"Pemangsa Mangsa"27 Jun 2022 (2022-06-27)
5"Skandal"4 Julai 2022 (2022-07-04)
6"Keraguan"11 Julai 2022 (2022-07-11)
7"Kebangkitan"18 Julai 2022 (2022-07-18)
8"Pengorbanan"25 Julai 2022 (2022-07-25)

Keluaran

Sebelum tayangan perdana rasmi di Astro Citra, Astro Shaw telah mengadakan sesi tayangan eksklusif Histeria The Series bersama pelajar jurusan Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 26 Mei 2022.[9]

Siaran

Histeria The Series memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 6 Jun 2022 menggantikan Kuasa.[10][11][12]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "Histeria The Series (Astro Originals)". My Infotaip. 6 Jun 2022. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  2. ^ Azwa Rahman (1 Jun 2022). "Filem Seram Popular 2008, Histeria Kembali Dengan Histeria The Series, Menyiasat Kisah Kematian Pelajar Sekolah". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  3. ^ Syafiq Halim (2 Jun 2022). "Astro Originals Tampil Kesinambungan Filem Box Office 2008, (HISTERIA) Yang Lebih Berani, 'Gore' & Mengujakan". Siakap Keli. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  4. ^ "Ziana kongsi pengalaman di sebalik drama 'Histeria The Series'". Berita Harian Singapura. 10 Jun 2022. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  5. ^ "Igauan misteri 10 tahun Histeria The Series". Kosmo!. 6 Jun 2022. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  6. ^ "Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah". Astro Awani. 1 Jun 2022. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 Jun 2022). "Kembali 'hantui' penonton". Harian Metro. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  8. ^ Nur Emira Saizali (8 Jun 2022). "Merokok dalam drama, Mia Sara minta pandangan bapa". Kosmo!. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  9. ^ Ahmad Fayyadh Muhamad (31 Mei 2022). "Astro SHAW Anjur Tayangan Eksklusif Histeria: The Series". Nadi Bangi UKM. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  10. ^ Azwa Rahman (6 Jun 2022). "Histeria The Series: Roh, Tunjukkan Dirimu! Siap Sedia Episod Pertama Malam Ini". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  11. ^ "'Histeria' kembali menghantui, bongkar misteri kematian pelajar sekolah". Astro Awani. 2 Jun 2022. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  12. ^ Budiey (5 Jun 2022). "Saksikan Kesinambungan Filem HISTERIA (2008) Dalam HISTERIA THE SERIES". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Jun 2022.

Pautan luar