Hiroshima Toyo Carp

Hiroshima Toyo Carp
広島東洋カープ
Fail:HiroshimaToyoCarpLogo.svg
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pusat (1950–kini)
LokasiMinami-ku, Hiroshima, Hiroshima, Jepun
StadiumMazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima
Tahun penubuhan5 Disember 1949; 74 tahun yang lalu (1949-12-05)
Nama gelaranKoi (鯉, carp)
Pennant CL9 (1975, 1979, 1980, 1984, 1986, 1991, 2016, 2017, 2018)
Kejuaraan Japan Series3 (1979, 1980, 1984)
Nama lama
  • Hiroshima Carp (1950–1967)
Stadium lama
  • Hiroshima Municipal Stadium (1957–2008)
  • Hiroshima Sogo Ground Baseball Park (1950–1957)
WarnaMerah, putih
         
MaskotSlyly
Kemunculan playoff5 (2013, 2014, 2016, 2017, 2018)
Nombor tidak digunakan3, 8, 15
PemilikanHajime Matsuda
PengurusanKeluarga Matsuda
PengurusTakahiro Arai
Seragam
Fail:Hiroshima Toyo Carp.png

Hiroshima Toyo Carp (広島東洋カープcode: ja is deprecated , Hiroshima Tōyō Kāpu) ialah pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Hiroshima. Pasukan ini bertanding di Nippon Professional Baseball (NPB). Pasukan ini telah dimiliki oleh keluarga Matsuda yang diketuai oleh Hajime Matsuda (松田元code: ja is deprecated , Matsuda Hajime), seorang daripada keturunan pengasas Mazda, Jujiro Matsuda. Mazda merupakan pemegang saham terbesar (34.2%), iaitu kurang sedikit bahagian yang dimiliki oleh keluarga Matsuda (kira-kira 60%). Oleh sebab itu, Mazda tidak dikira sebagai pemilik firma. Walau bagaimanapun, hubungan syarikat itu telah ditampilkan pada nama pasukan sehingga tahun 1984, nama rasmi Mazda ialah Toyo Kogyo Co., Ltd. (東洋工業株式会社code: ja is deprecated , Tōyō Kōgyō Kabushiki Gaisha). Pasukan Carp juga merupakan satu-satunya pasukan daripada 28 pasukan besbol Asia yang majoritinya dimiliki secara persendirian. Carp telah ditubuhkan setelah empat tahun peristiwa pengeboman atom Hiroshima. Kemudian, pasukan ini bangkit sebagai juara Liga Pusat seiring dengan pembinaan semula bandar Hiroshima. Maka, pasukan ini sering dirujuk sebagai "simbol kebangkitan Hiroshima selepas perang".[1]

Seragam

Seragam lama Hiroshima Toyo Carp dilihat serupa dengan pasukan Major League Baseball, Cincinnati Reds. Seragam asal Hiroshima Carp ialah berasal daripada seragam yang digunakan oleh pasukan besbol varsiti Universiti Chicago yang pergi menjelajah ke Jepun pada 1912 untuk menentang pasukan universiti utama.[2] Antara pasukan yang menjadi cabaran mereka ialah Universiti Chuo yang mengambil inspirasi menggunakan seragam pasukan Reds termasuk logo "C".[3] Alumni Universiti Chuo kemudiannya membantu dalam menjadi perintis kepada penubuhan pasukan Hiroshima Carp.

Pemain terkenal

Pemain MLB

Aktif:

  • Jepun Kenta Maeda (2016–)
  • Jepun Seiya Suzuki (2022-)

Bersara:

  • Amerika Syarikat Colby Lewis (2002–2004, 2006–2007, 2010–2012, 2014–2016)
  • Jepun Hiroki Kuroda (2008–2014)
  • Jepun Ken Takahashi (2009)
  • Amerika Syarikat Richie Scheinblum (1975–1976)
  • Republik Dominika Alfonso Soriano (1999–2014)

Nombor tidak digunakan

  • Jepun Sachio Kinugasa (1975–1987), (#28:1965–1974)
  • JepunKoji Yamamoto (1971–1986, 2001–2005), (#27:1969–1970), (#88:1989–1993 sebagai pengurus)
  • Jepun Hiroki Kuroda (1997–2007, 2015–2016) (#18:2008-2014 di MLB)

Nombor penghargaan

  • Jepun Tomonori Maeda (1990–2013) - Jepun Seiya Suzuki (2019–2021)
  • Jepun Kenjiro Nomura (1989–2005) - Jepun Shota Dobayashi (2013–)
  • Jepun Shinji Sasaoka (1990-2007) - Jepun Kenta Maeda (2008–2015) - Jepun Masato Morishita (2020–)
  • Jepun Manabu Kitabeppu (1976–1994) - Jepun Katsuhiro Nagakawa (2003–2019) - Jepun Ryoji Kuribayashi (2021–)
  • Jepun Takahiro Arai (1999–2007、2016–2018, 2023-)

Catatan

  1. ^ "コラム:広島カープ――市民の球団,復興の道標". Dicapai pada 2023-03-31.
  2. ^ Stephen Ellsesser. "Century-old rivalry renewed in Japan". MLB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2015. Dicapai pada 14 May 2019.
  3. ^ "chuo university baseball - Bing images". www.bing.com (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

  • Official website
  • japanesebaseball.com Carp page
  • Carp train (operated by Hiroden)
  • l
  • b
  • s
Liga Pusat
Liga Pasifik
Postseason
Climax Series
Japan Series
Anugerah
Anugerah Eiji Sawamura
Pemain Terbaik
Pemain Kembali Terbaik
Rookie Terbaik
Anugerah Pemain Terbaik Japan Series
Anugerah Sembilan Terbaik
Golden Spirit Award
Anugerah Matsutaro Shoriki
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
  • Jepun