Helo, Saya Anak Uncle!

Helo, Saya Anak Uncle! ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 yang disiarkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan dengan tayangan perdana bermula pada 17 Mac 2024 hingga 7 April 2024.

  • Drama
  • Komedi
  • Keluarga
Ditulis olehNieza NaharPengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
  • Izzue Islam
  • Rania Amanda
  • Aprena Manrose
  • Zara Zya
  • Raden Zaharatul
Lagu pembukaanSuka Sama Suka - Izzue IslamNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod4PenerbitanPenerbit eksekutifAzlina SaniminPenerbitSuriyati SidekTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill SolutionPenyiaranSaluran asalTV3
TontonFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal17 Mac 2024 – 7 April 2024

Sinopsis

Dr. Suhael (Izzue Islam), seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara (Rania Amanda) yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.

Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah (Aprena Manrose) mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.

Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira (Raden Zaharatul) sebagai teman wanita Dr Suhael.

Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael.

Namun kemunculan Cikgu Wawa (Zara Zya) yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu bebanan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Umar Al Amsyar sebagai Amirul (A'am)
  • Kuna Muzani sebagai Kak Bib
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Haji Samsuri (ayah Suhael)