Gunung Nuang

Gunung Nuang is located in Bumi
Gunung Nuang
Gunung Nuang (Bumi)
LokasiDaerah Hulu Langat, Selangor
Daerah Bentong, PahangInduk banjaranBanjaran Titiwangsa

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik pertemuan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.

Tingginya 1493 meter[1], [2] pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :

  • Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
  • Dari Kampung Kemensah, Gombak.
  • Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang

Merupakan gunung ketiga tertinggi di Selangor, ia merupakan salah satu sasaran pendakian popular.[3] Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.

Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.

Galeri

  • Pemandangan sebelum sampai puncak Gunung Nuang.
    Pemandangan sebelum sampai puncak Gunung Nuang.

Permohonan permit

Gunung Nuang di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Rujukan

  1. ^ Urban Ecosystem Studies in Malaysia: A Study of Change
    edited by Noorazuan Hashim, Ruslan Rainis
  2. ^ Pasoh: Ecology of a Lowland Rain Forest in Southeast Asia
    edited by T. Okuda, N. Manokaran, Y. Matsumoto, Kaoru Niiyama, S.C. Thomas, P.S. Ashton
  3. ^ Lobu Tua Sejarah Awal Barus
    edited by Claude Guillot

Pautan luar