Fatwa Osama bin Laden

Pada Ogos 1996, Osama bin Laden menulis satu fatwa[1], dan menandatangani satu lagi fatwa yang lebih ringkas di samping pihak lain pada Februari 1998.[2] Kedua-dua fatwa itu mula disiarkan dalam akhbar berbahasa Arab yang berpangkalan di London, iaitu Al-Quds Al-Arabi.[1][2]

Pada masa itu, bin Laden belum menjadi buronan di mana-mana kecuali negara asalnya iaitu Arab Saudi, dan belum diketahui sebagai ketua pertubuhan pengganas antarabangsa, al-Qaeda. Oleh itu, fatwa-fatwa ini tidak banyak mencuri perhatian umum sehinggalah selepas kejadian pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat pada Ogos 1998 yang menyebabkan bin Laden didakwa.[3] Dakwaan itu menyentuh fatwa pertama, serta mengaku bahawa Khalid al-Fawwaz, daripada Jawatankuasa Nasihat dan Reformasi bin Laden di London, terlibat dalam penyampaian fatwa itu kepada akhbar.

Fatwa 1996

Fatwa yang dikeluarkan oleh bin Laden pada tahun 1996 berjudul "Perisytiharan Perang Terhadap Warga Amerika yang Menduduki Dua Tanah Suci". Dokumen yang agak berisi ini mengadu tentang kegiatan Amerika Syarikat di pelbagai negara, dan difakskan ke para penyokong di seluruh dunia.[4]

Fatwa 1998

Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1998[2][5] pula difakskan ke al-Quds al-Arabi dengan tandatangan lima orang, iaitu bin Laden sendiri dan empat lagi orang yang dikatakan mewakili kumpulan-kumpulan Islamis tertentu:

  • Osama bin Laden
  • Ayman al-Zawahiri, "amir Kumpulan Jihad di Mesir", mungkin iaitu Kumpulan Islam, kini dikenali sebagai Jihad Islam Mesir
  • Ahmed Refai Taha @ Abu Yasser, dari al-Gama'a al-Islamiyya (di Mesir). Dukungan ini ditarik balik kerana kebencian rakyat terhadap pengganas di Mesir ekoran pembunuhan pelancong dan warga tempatan beramai-ramai di Luxor oleh al-Gama'a al-Islamiyya. Taha menjelaskan tandatangannya kepada rakan seperjuangannya di Kumpulan Islam bahawa dia hanya diminta melalui telefon supaya menyertai kenyataan sokongan kepada rakyat Iraq.[6]
  • Mir Hamzah, kononnya "setiausaha Jamiat Ulema-e-Pakistan"
  • Fazul Rahman, "amir Gerakan Jihad di Bangladesh", mungkin iaitu Harakat ul-Jihad-i-Islami/Bangladesh atau HUJI-B; HUJI sahaja di Pakistan.

Kumpulan penandatangan ini menggelar diri sebagai "Barisan Islam Sedunia untuk Berjihad Terhadap Yahudi dan Salibi". Fatwa ini mengadu tentang kehadiran tentera AS di Semenanjung Arab, dan sokongan Arab kepada Israel. Ia bertujuan menyatakan restu keagamaan untuk membunuh sebarang orang Amerika dan Yahudi di mana-mana sahaja. Ia terbongkar pada Februari 1998 dan disusuli oleh pengeboman kedutaan AS di Afrika pada bulan Ogos.

Lihat juga

  • Dorongan serangan 11 September 2001

Rujukan

  1. ^ a b Text of the 1996 fatwa, translation by PBS
  2. ^ a b c Text of the 1998 fatwatranslation by PBS
  3. ^ Copy of indictment Diarkibkan 2001-11-10 di Library of Congress Web Archives USA v. Usama bin Laden et al., Center for Nonproliferation Studies, Monterey Institute of International Studies
  4. ^ Bergen, Peter, "Holy War, Inc.", 2001
  5. ^ Text of the 1998 fatwa, diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Federation of American Scientists
  6. ^ al-Zayyat, Montasser, The Road to al-Qaeda, The Story of Bin Laden's Right-Hand Man , University of Michigan Press. p.89
  • l
  • b
  • s
Osama bin Laden
Zaman kanak-kanak, pendidikan dan hidup peribadi · Keluarga Bin Laden · Kegiatan militan · Kepercayaan dan ideologi · Lokasi · Video · Kritikan · Dalam budaya masyhur · Percubaan pembunuhan · Stesen Isu · Kematian