Engkilili

Engkilili
Daerah Kecil Sarawak
Bendera Engkilili
Bendera
Mohor rasmi Engkilili
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
DaerahLubok Antu
Daerah KecilEngkilili
Pentadbiran
 • PentadbiranMajlis Daerah Lubok Antu
Majlis Daerah Kecil Engkilili
 • PengerusiEncik Jack Aman Luat
 • DUNN.28 Engkelili
 • Wakil RakyatYB Dr. Johnical Rayong Ngipa
Keluasan
 • Jumlah997.4 km2 (385.1 batu persegi)
Aras
109 m (358 ft)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah16,719
 • Kepadatan17/km2 (43/batu persegi)
Poskod
95800
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangMajlis Daerah Lubok Antu http://www.lubokantudc.sarawak.gov.my

Engkilili merupakan sebuah daerah kecil di dalam daerah Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Ia terletak kira-kira 156.1km dari Bandaraya Kuching.

Etimologi

Nama Engkilili berasal daripada nama pokok yang banyak tumbuh di pekan ini.[2] Oleh kerana kedudukan kampung ini terletak jauh dari bandar atau pekan, penduduk kampung pada zaman dahulu menggunakan sungai sebagai laluan untuk ke pasar bagi membeli barangan keperluan harian. Mereka berulang-alik ke sana dan setiap hari melihat pokok yang sama sehinggalah menamakan kawasan ini bersempena nama pokok tersebut. Pokok ini hanya tumbuh meliar di kawasan Lubok Antu dan tidak tumbuh di lain-lain kawasan di sekitar Sarawak. Pokok Engkilili boleh tumbuh di daratan atau di dalam sungai. Menyedari kepentingan sejarah kewujudan kampung dari pokok Engkilili, Majlis Daerah Lubok Antu dan Pejabat Daerah Kecil Engkilili turut menanamnya di pintu utama sebagai mercu tanda kampung tersebut.[3] Nama saintifik pokok engkilili ialah Lepisanthes alata. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok ceri Terengganu atau perupok.[4] Pokok ini mempunyai buah bertangkai seperti buah anggur.[5] Ketinggiannya boleh mencecah antara 20 hingga 30 meter. Panjang daunnya kira-kira 30 sentimeter dan mempunyai lebar antara lima hingga tujuh sentimeter yang berwarna hijau kekuningan. Buahnya berbentuk bulat yang berlilitan tiga hingga lima sentimeter dan berwarna merah.


Terdapat satu lagi versi nama Engkilili yang bermula dari generasi awal pelombong Cina di pekan ini, iaitu 上梯頭, yang bermaksud "menuju atas tangga" dalam dialek Hakka. Mereka merantau ke pekan Engkilili untuk bekerja dan menetap melalui sungai dari Kalimantan. Tangga telah dibina untuk menaiki dermaga bagi memudahkan para pedagang dan pekerja memunggah barangan. Para pedagang Cina yang berdialek Teo Chew seringkali menyebut kalimat "menuju atas tangga" ketika memunggah barang, maka sebab itulah pekan ini dinamakan sedemikian. Kemudian, tempat ini berkembang dengan pembinaan dermaga baru oleh penduduk tempatan maka, lahirlah nama 下梯頭 (naik tangga,turun tangga). [6]

Sejarah

Kubu Leonora

Kubu Leonora atau Fort Leonora telah dibina pada tahun 1924 oleh Rajah Sarawak yang ketiga iaitu Sir Charles Vyner Brooke. Berbeza dengan kubu yang lain, pembinaan kubu ini tidak berfungsi untuk mempertahankan pekan ini daripada serangan pemberontak ketika era pemerintahan Brooke. ianya dibina sebagai pusat pentadbiran untuk pegawai Sarawak Kingdom di Engkilili. Struktur kubu ini pula terdiri daripada sebuah binaan rumah yang ringkas. Nama kubu ini diambil bersempena nama anak perempuan sulung Charles Vyner Brooke iaitu Dayang Leonora Margaret. Ketika era penjajahan Jepun, kubu ini digunakan sebagai pejabat kempeitai. Pada era penjajahan British pula, ia dijadikan pejabat daerah kecil untuk penjawat Koloni British Borneo. Kubu ini pernah dijadikan markas untuk tentera Komanwel pada tahun 1961-1966 ketika era Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Bangunan asal kubu ini telah dirobohkan bagi mendirikan bangunan Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang ada sekarang.[7]

Demografi

Etnik dan Agama

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Engkilili, Malaysia, 2010.[1]

Bil. Etnik Jumlah Peratusan (%)
1 Iban 14,674 87.77
2 Cina 1199 7.17
3 Melayu 432 2.58
4 Bukan Warganegara 122 0.73
5 Bumiputera Lain 118 0.71
6 Bidayuh 79 0.47
7 India 40 0.24
8 Lain-Lain 40 0.24
9 Melanau 15 0.09
JUMLAH 16,719 100

Pentadbiran

Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah kecil ini ialah Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA).

Ekonomi

Antara aktiviti ekonomi di Engkilili ialah pertanian, penternakan dan keusahawanan.

Pertanian

Antara tapak projek tanaman getah di bawah program 1AZAM:

  • Ajai ak Sagu, Rh. Alo, Ngemah Ili, Engkilili
  • Bubin Ak Manke, Rh. Alo, Ngemah Ili, Engkilili
  • Gelin ak Lengatin, Rh. Alo, Ngemah Ili, Engkilili

Penternakan

Projek Ternakan Khinzir

  • Rh. Karak, Stengin, Engkilili
  • Rh. Assan, Sedarat Mawang, Engkilili

Projek Ternakan Ayam

  • Rh. Karak, Stengin, Engkilili

Projek Ternakan Ikan Keli

  • Rh. Assan, Sedarat Mawang, Engkilili

Keusahawanan

Penjaja menjalankan perniagaan di Market Bersepadu Engkilili dan Pusat Penjaja Kecil Engkilili

Kemudahan Awam Lain

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang

  • Balai Polis Engkilili

Penjagaan Kesihatan

  • Klinik Kesihatan Engkilili

Perpustakaan

  • Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu

Lain-Lain

  • Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu
  • Pejabat Pos Engkilili

Pendidikan

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Engkilili setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah ini ialah :

Tarikan

Batu Nabau

Batu Nabau merupakan sebuah batu misteri yang mempunyai panjang lebih dari 9 meter, ukur lilit kira-kira 2 meter dan menyerupai seekor ular gergasi. Panjang sebenar batu ini masih tidak diketahui kerana sebahagiannya terbenam ke dalam tanah. Batu ini dipercayai berusia melebihi 1,000 tahun.[8] Batu ini terletak di Bukong, di sebuah bukit yang terletak tidak jauh dari Rumah Nyalau Muang. Terdapat pelbagai versi mengenai Nabau. Menurut lagenda kaum Iban, Nabau merupakan mahkluk "petara" yang bersisik, mempunyai kekuatan luar biasa dan kuasa untuk memberi tuah kepada yang melihatnya.[9] Sisiknya digunakan oleh kaum Iban sebagai "pangkor" untuk memberi kekuatan. Ada masyarakat Iban di Kapit yang mengatakan bahawa Nabau adalah merupakan jelmaan Temenggong Koh melalui mimpi yang dialami anaknya, Datuk Kenneth Kanyan. Temenggong Koh merupakan seorang ketua masyarakat Iban terkenal yang berpengetahuan luas dalam Adat Iban dan sangat dihormati ketika era pemerintahan Brooke.[10] Versi ketiga lagenda ini pula mendakwa bahawa Nabau telah menjelma menjadi manusia dan mengganggu isteri seseorang, lalu dia ditangkap dan dikerat menjadi tujuh bahagian kemudian dibuang ke dalam arus deras di Sungai Rajang.[11] Versi terakhir merupakan lagenda kaum Cina yang mendakwa ular-ular gergasi tersebut menuju Engkilili dari Limbang. Ular jantan yang paling buas kekal di Limbang manakala 6 ekor yang lain telah sampai ke Engkilili. Ular betina yang paling besar antara mereka hendak memasuki lubang namun lubang tersebut terlalu kecil, maka ia tinggal di luar dan bertelur. Ular-ular tersebutlah yang menjadi batu Nabau.[6] Batu ini mendapat perhatian media apabila ada seorang lelaki Siam dari Kuala Lumpur yang bermimpikan ular besar dan akhirnya pergi mencari baru ini. Kini, Batu Nabau menjadi salah satu ikon Engkilili.

Wong Ajong

Sebuah kawasan rekreasi perkelahan yang terletak di Marup. Akses ke Wong Ajong dari kawasan pintu masuk boleh dicapai menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal sahaja. Berjalan kaki ke Wong Ajong mengambil masa sekitar 25 minit.

Rujukan

  1. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ "Daerah Kecil Engkilili". 3 Disember 2007. Dicapai pada 20 September 2016.
  3. ^ "BUAH ENGKILILI". 27 Julai 2011. Dicapai pada 20 September 2016.
  4. ^ Underutilized Fruits (3 Disember 2014). "ENGKILILI fruit tree (Lepisanthes alata (Blume) Leenh.)". Dicapai pada 20 September 2016.
  5. ^ Malaysia Vegetarian Food (25 Januari 2014). "More exotic fruits from our rainforest ( part 1 ) – Engkalak vs Avocado". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-23. Dicapai pada 20 September 2016.
  6. ^ a b Wilson Chin (1 Jun 2015). "Exploration to Batu Nabau, Snake Stone Valley at Engkilili, Borneo". Dicapai pada 20 September 2016.
  7. ^ "FORT LEONORA, ENGKILILI, SARAWAK". 1 Januari 2016. Dicapai pada 20 September 2016.
  8. ^ Sarawakiana (4 Mac 2016). "Batu Nabau "Ular Gergasi" Terus Jadi Misteri". Dicapai pada 20 September 2016.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Legends of Borneo". 1 Julai 2011. Dicapai pada 20 September 2016.[pautan mati kekal]
  10. ^ The Broken Shield (16 Februari 2009). "The Legend of 'Nabau' (a giant snake)". Dicapai pada 20 September 2016.
  11. ^ Politeknik Metro Betong, Sarawak (PMBS). "History of Batu Nabau Engkilili, Sarawak". Dicapai pada 20 September 2016.
  • l
  • b
  • s
Bendera Sarawak Sarawak Bumi Kenyalang Lambang Sarawak
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian
pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah kecil
Bahagian
perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •


Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s