Chow Kit

Jalan Tunku Abdul Rahman di dalam Chow Kit

Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.

Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai kecil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Negro / orang Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur.[1] Ia juga bercirikan pasar malam yang dikenali sebagai Bundle Chow Kit di sepanjang Lorong Haji Taib yang mana juga dikenali ramai yang menjadi penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya.[2] Chow Kit juga dikenali sebagai daerah lampu merah dan sebagai tempat perjumpaan mak nyah. Ia juga dikenali sebagai tempat popular bagi penagih dadah.[3] Stesen Monorel Chow Kit terletak di dalam kawasan ini dan Stesen LRT PWTC terletak berdekatan.

Lagu Chow Kit Road

Penyanyi Sudirman Arshad pernah mengadakan konsert terbuka di sini dan menyampaikan lagu 'Chow Kit Road' pada tahun 1980-an.

Balai Polis

Kawasan Chow Kit patut ada sebuah balai polis kekal atau bergerak. Pada 22 Jun 2009, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turun padang meninjau masalah penduduk terutama masalah Ah Long, pelacuran, dadah dan jenayah. Perbincangan telah diadakan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk menyewa rumah kedai untuk dijadikan balai polis kekal. Turut sama meninjau kawasan Chow Kit ialah Datuk Wira Abu Seman Yusop, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman dan timbalannya Datuk Abu Samah Mat.[4]

Rujukan

  1. ^ "Chow Kit Market". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-06. Dicapai pada 2008-03-24.
  2. ^ "Bundle Chow Kit tetap hebat"[pautan mati kekal], Harian Metro. Dicapai 18 Jualai 2007.
  3. ^ "KL Cops: No Let Up In War Against Drugs", Bernama. Dicapai 19 Julai 2007.
  4. ^ KDN Isytihar 'Perang' Terhadap Ah Long


  • l
  • b
  • s
Topik
Zon pembangunan
Daerah polis
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Wilayah Persekutuan Bahagian pilihan raya di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
P114 Kepong · P115 Batu · P116 Wangsa Maju · P117 Segambut · P118 Setiawangsa · P119 Titiwangsa · P120 Bukit Bintang · P121 Lembah Pantai · P122 Seputeh · P123 Cheras · P124 Bandar Tun Razak
Putrajaya
P125 Putrajaya
Labuan
P166 Labuan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s