Buddha Gergasi Leshan

Buddha Gergasi Leshan is located in Bumi
Buddha Gergasi Leshan
Buddha Gergasi Leshan (Bumi)
Mapsunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Buddha Gergasi Leshan (Cina ringkas: 乐山大佛code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 樂山大佛code: zh is deprecated ; pinyin: Lèshān Dàfó) telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907). Ia telah diukir daripada permukaan gunung yang terletak di kuala pertemuan sungai Minjiang, Dadu dan Qingyi di bahagian selatan wilayah Sichuan, di China, berdekatan dengan kota Leshan. Arca patung batu ini menghadap Gunung Emei dengan sungai mengalir di bawah kakinya. Ia adalah batu berukir Buddha (Maitreya, Buddha yang akan datang) terbesar di dunia [1] dan pada saat pembinaan adalah patung tertinggi di dunia.

Gunung Emei disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia sejak 1996. Patung ini tidak rosak oleh Gempa bumi Sichuan 2008. [2]

Pembinaan

Pembinaan bermula tahun 713, dipimpin oleh seorang biarawan China bernama Haithong. Dia berharap bahawa Buddha akan menenangkan air sungai. Dia dikatakan telah mencungkil matanya sendiri untuk menunjukkan kesalehan dan ketulusan. Selepas kematiannya, pembinaan terbengkalai kerana kekurangan dana. 70 tahun kemudian, jiedushi memutuskan untuk menaja projek dan pembangunan diselesaikan oleh murid-murid Haitong pada 803.

Pada ketinggian 71 meter , patung ini digambarkan seorang sedang duduk Maitreya Buddha dengan tangannya bertumpu pada lututnya. Bahunya lebar sekitar 28 meter dan kuku cukup besar untuk dengan mudah mengakomodasi orang yang duduk. Penduduk tempatan berkata "Gunung adalah seorang Buddha dan Buddha adalah sebuah gunung". Ini kerana gunung tersebut berbentuk seperti Buddha yang tertidur jika dilihat daripada sungai.

Galeri

  • Buddha dilihat dari arah sungai
    Buddha dilihat dari arah sungai
  • Kepala Buddha
    Kepala Buddha
  • Buddha Leshan dilihat dari paras bumi
    Buddha Leshan dilihat dari paras bumi
  • Buddha Gergasi dilihat dari atas
    Buddha Gergasi dilihat dari atas
  • Buddha Gergasi dari tangga
    Buddha Gergasi dari tangga
  • Kaki, jari kaki dan kuku
    Kaki, jari kaki dan kuku
  • Pintu masuk ke tempat pemandangan
    Pintu masuk ke tempat pemandangan

Rujukan

  1. ^ Mount Emei Scenic Area, including Leshan Giant Buddha Scenic Area. UNESCO World Heritage Site
  2. ^ World's Tallest, Millenium-Old Buddha Statue Undamaged by China Earthquake - Topix

Pautan luar

  • UNESCO
  • More information
  • Leshan Grand Buddha - Da Fo
Flag of the People's Republic of China
Flag of the People's Republic of China
Tapak Warisan Dunia di China
Desa-desa di Anhui Selatan: Xidi dan Hongcun | Groto-groto Longmen | Groto-groto Yungang | Gua-gua Mogao | Gunung Emei dan Buddha Raksasa Leshan | Gunung Huangshan | Gunung Taishan | Gunung Wuyi | Huanglong | Ibu kota dan Makam Kerajaan Koguryo Kuno | Istana-istana empayar di Beijing dan Shenyang | Istana Musim Panas | Kawasan Perlindungan Panda Raksasa Sichuan | Kesatuan Istana Potala, Lhasa | Komplex bangunan di Pergunungan Wudang | Lembah Jiuzhaigou | Kuil & Perkuburan Confucius serta Rumah Agam Keluarga Kong, Qufu | Kuil Syurga | Lijiang | Makam empayar Dinasti Ming dan Qing | Makam Maharaja Qin Pertama | Ping Yao | Pusat Bersejarah Macau | Gunung Qingcheng dan Sistem Pengairan Dujiangyan | Taman Negara Lushan | Tapak Lelaki Peking, Zhoukoudian | Tempat Peranginan Gunung Chengde dan kuil-kuil yang jauh di Chengde | Taman-taman Klasik Suzhou | Tembok Besar | Tiga batang Sungai Selari di Kawasan-kawasan Perlindungan Yunnan | Ukiran Batuan Dazu | Wulingyuan | Yinxu

Koordinat: 29°32′50″N 103°46′09″E / 29.54722°N 103.76917°E / 29.54722; 103.76917