Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia
بڠک نݢارا مليسيا
Logo Bank Negara Malaysia
Logo Bank Negara Malaysia
Ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur
Ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur
Ibu pejabat
Kuala Lumpur, Malaysia
Ditubuhkan31 Mac 1993; 31 tahun yang lalu (1993-03-31)
GabenorAbdul Razak Bin Abdul Malek
Bank pusat bagi
Malaysia Malaysia
Mata wangRinggit Malaysia
MYR (ISO 4217)
Laman webbnm.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bank Negara Malaysia (BNM; bahasa Inggeris: Central Bank of Malaysiacode: en is deprecated ) merupakan bank pusat di Malaysia. Ia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959 (sebagai bank pusat Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu). Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang sama terus menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar. Bank Negara Malaysia juga memainkan fungsi penting untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segenap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan Malaysia, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

Peranan dan Fungsian

Peranan Bank Negara disokong oleh 39 jabatan/unit di Bank yang merangkumi tujuh bahagian berdasarkan fungsian seperti yang berikut:

Dasar Ekonomi dan Monetari

Penyediaan sokongan teknikal dan penyelidikan yang baik terutamanya mengenai isu berkaitan pertumbuhan untuk mempertingkat perumusan dasar monetari dan kredit bagi menggalakkan kestabilan monetari dan memastikan ketersediaan kredit yang mencukupi untuk membiayai pertumbuhan ekonomi.

Pelaburan dan Operasi

Menguruskan mudah tunai domestik dan kadar pertukaran bagi memastikan sasaran dasar monetari dapat dicapai selain menguruskan rizab luar negeri bagi melindungi nilai dan mengoptimumkan pulangan rizab. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan menyediakan bantuan kepada Kerajaan Malaysia berhubung dengan pengurusan hutang dan dana serta menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan domestik.

Pengawalan

Menggalakkan sektor kewangan yang stabil melalui pembangunan institusi dan infrastruktur kewangan yang mampan, kukuh dan mantap secara berperingkat-peringkat dan dengan itu mewujudkan industri kewangan tempatan yang kompetitif yang mempunyai daya tahan untuk menghadapi persekitaran masa hadapan yang berubah-ubah di samping menerajui inisiatif mempertingkat akses kepada pembiayaan. Dasar dan strategi turut dirumuskan dan dilaksanakan ke arah membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam bersepadu yang terunggul serta meningkatkan keupayaan kewangan pengguna.

Sistem Pembayaran

Merangka dasar dan strategi bagi menggalakkan sistem penjelasan, penyelesaian dan pembayaran yang diyakini, selamat dan cekap di dalam negara Malaysia.

Penyeliaan

Menghasilkan, menambah baik dan melaksanakan rangka kerja pengawasan yang berkesan bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan dan menguatkuasakan amalan yang baik terhadap institusi tersebut.

Pembangunan Organisasi

Menerajui fungsi pengurusan strategik, pengurusan prestasi organisasi dan pengurusan program bagi memacu proses penambahbaikan prestasi dan mengukuhkan pembinaan keupayaan Bank Negara Malaysia. Selain itu, menerajui dan memacu inisiatif sumber manusia dan aktiviti strategik lain bagi memastikan keseluruhan rangka kerja Pengurusan Modal Insan dilaksanakan dengan berkesan.

Komunikasi

Fungsi komunikasi telah menjadi semakin penting bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat daripada pelbagai pihak berkepentingan yang menghendaki ketelusan dan penzahiran yang lebih baik.

Sejarah

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 (sebagai bank pusat Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu) di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu, 1958. [1] Dengan penubuhannya, ia perlu memenuhi 5 objektif iaitu:

  • Untuk mengeluarkan mata wang, Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab menjaga nilai mata wang;
  • Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;
  • Untuk menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang boleh dipercayai, cekap dan lancar dan untuk memastikan dasar pembayaran negara dan sistem penyelesaian untuk manfaat Malaysia;
  • Untuk mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan;
  • Untuk mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara;

Oleh itu, dengan objektif berikut, bank dicipta untuk mengawal ekonomi Malaysia dengan selamat. Matlamat lebih luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, tahap pekerjaan yang tinggi, memelihara kestabilan harga dan satu keseimbangan munasabah dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara, membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.[1]

Gabenor

Bank Negara Malaysia diketuai oleh seorang Gabenor yang menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara). Sejak penubuhannya pada tahun 1959, Bank Negara Malaysia sudah mempunyai sepuluh orang Gabenor.

Gabenor Tahun perkhidmatan
Tan Sri W H Wilcock Januari 1959 - Julai 1962
Tun Ismail Mohd Ali Julai 1962 - Julai 1980
Tan Sri Abdul Aziz Taha Julai 1980 - Jun 1985
Tan Sri Dato' Jaffar Hussein Jun 1985 - Mei 1994
Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don Mei 1994 - Ogos 1998
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman September 1998 - April 2000
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz Mei 2000 - April 2016
Tan Sri Dato' Sri Muhammad Ibrahim Mei 2016 - 15 Jun 2018
Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus 1 Julai 2018 - Jun 2023
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour Dari 1 Julai 2023

Rujukan

  1. ^ a b "BNM: About the bank". Bank Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-27. Dicapai pada 2008-07-26.

Pautan luar

  • (Melayu) (Inggeris) Laman rasmi Bank Negara Malaysia
  • Islamic Banking Law

Diarkibkan 2011-02-02 di Wayback Machine

  • l
  • b
  • s
Rencana Malaysia 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Simbol
  • Kategori
  • Portal
  • l
  • b
  • s
Peringkat global
Bank Pembayaran Antarabangsa · Lembaga Kestabilan Kewangan · Jawatankuasa Penyeliaan Perbankan Basel
Dalam peringkat benua
Afrika
Bank Pusat Negara-Negara Afrika Barat · Bank Negara-Negara Afrika Tengah · Bank Algeria · Bank Pusat Angola · Bank Botswana · Bank Republik Burundi · Bank Tanjung Verde · Bank Pusat Comoros · Bank Pusat Congo · Bank Pusat Djibouti · Bank Pusat Mesir · Bank Eritrea · Bank Negara Ethiopia · Bank Pusat Gambia · Bank Ghana · Bank Pusat Republik Guinea · Bank Pusat Kenya · Bank Pusat Lesotho · Bank Pusat Liberia · Bank Pusat Libya · Bank Al-Maghrib · Bank Namibia · Bank Pusat Nigeria · Bank Rizab Afrika Selatan · Bank Tanzania · Bank Rizab Zimbabwe
Amerika Utara dan Selatan
Bank Pusat Argentina · Bank Pusat Barbados · Bank Pusat Brazil · Bank Kanada · Bank Pusat Chile · Bank Pusat Carribean Timur · Bank Mexico · Bank Republik Colombia · Bank Rizab Pusat Peru · Sistem Rizab Persekutuan Amerika Syarikat · Bank Pusat Venezuela · Bank Pusat Trinidad dan Tobago
Oceania
Bank Rizab Australia · Bank Rizab Fiji · Bank Rizab New Zealand  · Bank Papua New Guinea  · Bank Pusat Samoa · Bank Pusat Kepulauan Solomon · Bank Rizab Negara Tonga
Asia
Bank Pusat Bahrain · Bank Bangladesh · Autoriti Monetari Brunei Darussalam · Bank Rakyat China · Bank Rizab India · Bank Markazi Iran · Bank Pusat Iraq · Bank Israel · Bank Indonesia · Bank Jepun · Bank Korea · Bank Pusat Republik Rakyat Demokratik Korea · Bank Pusat Kuwait · Banque du Liban · Bank Negara Malaysia · Bank Mongolia  · Bank Pusat Oman · Bank Rizab Pakistan · Bangko Sentral ng Pilipinas  · Bank Pusat Qatar · Penguasa Kewangan Singapura · Bank Pusat Syria · Bank Pusat Republik China · Bank Thailand · Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu · Bank Negara Vietnam · Penguasa Kewangan Hong Kong
Eropah
Bank Pusat Eropah (Zon euro) · Bank Abkhazia · Bank Pusat Bosnia dan Herzegovina · Bank Albania · Bank Negara Bulgaria · Bank Negara Croatia · Bank Negara Czech · Bank of England · Bank Estonia · Bank Negara Hungary · Bank Negara Republik Macedonia · Bank Pusat Kosovo · Bank Negara Poland · Bank Negara Romania · Bank Pusat Russia  · Bank Pusat Montenegro · Bank Negara Serbia · Bank Negara Switzerland  · Bank Pusat Turki · Bank Negara Ukraine
Dasar dan pelaksanaan
Dasar
Dasar kewangan mengembang · Dasar kewangan menguncup · Keperluan modal
Pelaksanaan
Operasi pasaran terbuka · Kawalan modal · Kadar diskaun · Penciptaan wang · Kadar faedah · Dana mahsul
Bank Dunia · Tabung Kewangan Antarabangsa · Bank Pembinaan Semula dan Pembangunan Antarabangsa · Perbadanan Kewangan Antarabangsa · Persatuan Pembangunan Antarabangsa · Agensi Penjamin Pelaburan Multilateral · Pusat Antarabangsa bagi Pertikaian Pembayaran Pelaburan
Senarai bank pusat Nama-nama yang dicondongkan merupakan wilayah yang berstatus
tanpa kedaulatan (bernaungan) atau bekas negara.
  • l
  • b
  • s
Kementerian Persekutuan
Jabatan Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Malaysia
  • Kementerian dan Jabatan
  • flagPortal Malaysia