Baju lamina

Lakaran dari sebuah baju lamina

Baju lamina (juga dikenali sebagai lamena oleh orang Bugis, sa 'dan oleh orang Toraja, lamina atau laminah oleh orang Melayu)[1][2] adalah sejenis zirah rantai dan plat dari kepulauan Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Filipina).

Keterangan

Baju lamina adalah baju besi rantai yang dibentuk menjadi bentuk rompi. Bahagian belakangnya terdiri dari plat loyang segi empat panjang kecil, bahagian depan terdiri daripada cincin loyang. Beberapa plat loyang segi empat melekat pada cincin loyang, yang meluas dari ketinggian tulang selangka ke sekitar tepi bawah sangkar rusuk terakhir. Plat loyang berfungsi untuk menguatkan rantai baju besi di bahagian dada dan panggul yang lebih rentan. Baju lamina tidak memiliki lengan atau kolar.[1] Salah satu rujukan awal untuk zirah ini adalah selepas penaklukan Melaka oleh Portugis (1511). Putra Afonso de Albuquerque menyebutkan persenjataan Melaka: Ada senapang matchlock besar (arquebus Jawa), sumpitan beracun, busur, panah, baju berlapis besi (laudeis de laminas), tombak Jawa, dan jenis senjata lainnya.[3][4] Tidak diketahui sama ada baju berlapis besi Melaka digunakan dalam pertempuran, atau hanya digunakan oleh golongan elit dan bangsawan, atau jika ia adalah pakaian upacara semata-mata.[5] Rui de Araújo melaporkan bahawa sangat sedikit askar Melaka yang memakai baju zirah.[6]:376

Sekitar abad ke-17, orang Bugis mula menggunakan zirah rantai dan plat dan ia masih digunakan sehingga abad ke-19.[7]

Galeri

  • Zirah lamena tradisional orang Bugis atau Makassar.
    Zirah lamena tradisional orang Bugis atau Makassar.
  • Baju zirah di Telaga, Kuningan, Jawa Barat. Baju zirah Jawa dari abad ke-13 hingga ke-16 Masihi.
    Baju zirah di Telaga, Kuningan, Jawa Barat. Baju zirah Jawa dari abad ke-13 hingga ke-16 Masihi.
  • Tentera Banten, 1596.
    Tentera Banten, 1596.
  • Baju lamina mirip dengan zirah rantai dan plat (kurab-a-kulang) milik suku Moro ini.
    Baju lamina mirip dengan zirah rantai dan plat (kurab-a-kulang) milik suku Moro ini.
  • Baju lamina dan kechubong (ketopong perang) orang Melayu.
    Baju lamina dan kechubong (ketopong perang) orang Melayu.
  • Lamina loyang Bugis, dengan plat besar.
    Lamina loyang Bugis, dengan plat besar.

Lihat pula

Rujukan

  1. ^ a b Albert G. van Zonneveld: Traditional weapons of the Indonesian archipelago. C. Zwartenkot Art Books, Leiden 2001, ISBN 90-5450-004-2, m/s. 28.
  2. ^ Klinkert, Hillebrandus Cornelius (1926). Nieuw Nederlandsch-maleisch Woordenboek. N. v. boekhandel en drukkerij voorheen E. J. Brill. m/s. 546.
  3. ^ The son of Afonso de Albuquerque (1774). Commentários do Grande Afonso Dalbuquerque parte III. Lisboa: Na Regia Officina Typografica. m/s. 144.
  4. ^ Birch, Walter de Gray (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774 volume III. London: The Hakluyt Society. m/s. 127.
  5. ^ Charney, Michael (2012). Iberians and Southeast Asians at War: the Violent First Encounter at Melaka in 1511 and After. In Waffen Wissen Wandel: Anpassung und Lernen in transkulturellen Erstkonflikten. Hamburger Edition. m/s. 2.
  6. ^ Wijaya, Daya Negri (2022). Malacca Beyond European Colonialism (15th–17th centuries) (Tesis). Universidade do Porto.
  7. ^ Pelras, Christian (1996). The Bugis. Blackwell Publishers. m/s. 122. ISBN 0-631-17231-9. OCLC 503182095.

Bacaan lebih lanjut

  • Russell Jones (Hrsg.): Loan-words in Indonesian and Malay. KITLV-Jakarta – Yayasan Obor Indonesia, Jakarta 2008, ISBN 978-979-461-701-4.

Hubungan luar

  • Baju Lamina in Pitt Rivers Museum
  • l
  • b
  • s
Senjata-senjata dan pelindung serata Nusantara
Senjata tradisional
Pedang
Belati & pisau
Perimbas & parang
Senjata hentaman
Senjata tiang atau tombak
Senjata lentur
  • Cambuk
Senjata lain
  • Celurit
  • Kerambit
  • Salukat
  • Sumpitan
  • Tolor
  • Bedog cepot
Paparan Keris
Meriam gangsa dengan kamar isi dan garuda kayu
Peurise teumaga
Senjata berasaskan mesiu/ubat bedil
Senjata api
Meriam
Dari nama
Pelindung dan Pakaian
Perisai
Zirah
Ketopong