Angpau

Angpau
Angpau kontemporari.
Bahasa Cina利是 atau 利事code: zh is deprecated
Maksud harfiahperbuatan yang menguntungkan
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinlì shì
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutpinglai6 si6
Alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional紅包code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas红包code: zh is deprecated
Maksud harfiahpaket merah
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyinhóng bāo
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutpinghung4 baau1
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa Hokkienâng-pau

Angpau, sampul merah atau paket merah ialah hadiah berbentuk wang yang ditukarkan ketika musim perayaan atau peristiwa khas dalam masyarakat Cina.

Penggunaan

Angpau sering diberikan pada majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina. Salah satu konteksnya adalah bahawa angpau dikenali sebagai yāsuì qián (Cina Tradisional: 壓歲錢code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 压岁钱code: zh is deprecated ) yang bererti "duit ditekan" atau "duit menahan umur".

Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian (Bahasa Cina: 帛金code: zh is deprecated ; pinyin: bó jīn; secara harfiah "wang sutera"). Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk melitupi perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.

Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.

Asal-usul

Tiadanya sumber bertulis jelas yang menyatakan tarikh angpau julung kali digunakan. Ketika zaman Dinasti Qing, para warga tua menguntai syiling dengan benang merah. Benda ini dipanggil yāsuì qián dan dipercayai melindungi orang tua daripada keuzuran dan kematian.

Tradisi ini berubah menjadi sampul merah moden setelah mesin percetakan semakin laris di China setelah penubuhan Republik China pada tahun 1911.

Kebiasaan mengikut negara

Vietnam

Masyarakat Vietnam menyebut angpau sebagai lì xì (mirip dengan dialek Kantonis) atau dalam beberapa kasus sebagai phong bao mừng tuổi (amplop tahun baru).

Negara-negara Asia Tenggara

Masyarakat Thailand menyebut ang pow (menyerupai dialek Teochew) atau tae ea oleh warga China-Thailand. Myanmar (Burma) menyebutnya an-pao dan di Kemboja sebagai ang pao.

Filipina

Warga China di Filipina saling menukar ang pao pada saat perayaan tahun baru Cina. Bagi masyarakat Filipina yang bukan China, ang paw (atau ampaw) secara umum dianggap melambangkan tahun baru Imlek. Beberapa penduduk pribumi telah mengadopsi kebudayaan tersebut untuk ulang tahun, terutama memberi aguinaldo pada saat perayaan Natal.

Korea Selatan

Masyarakat Korea Selatan menggunakan sampul surat putih yang disebut "sae bae don".

Jepun

Di Jepun, pemberian wang yang disebut otoshidama diberikan kepada anak-anak oleh seluruh kaum keluarga pada saat perayaan tahun baru mereka. Namun, amplop yang digunakan berwarna putih dan ditulisi nama orang yang menerima. Praktik yang mirip, Shūgi-bukuro, digunakan dalam pesta pernikahan, tetapi amplopnya dilipat bukan dilem serta dihiasi oleh pita.

Malaysia

Angpau di Malaysia disebut berdasarkan bahasa Kantonis iaitu àng pao[dipertikaikan (untuk: Bahasa Kantonis)  – bincang]. Tradisi ini kurang populer di wilayah Semenanjung Malaysia, tetapi sangat populer di Sabah. Warga Tionghua di Sabah memberi angpau kepada cucu, rekan karib, murid, dan tetangga mereka, atau digunakan untuk mengemas dana yang dimasukkan ke dalam kotak-kotak dana di tokong.

Lihat juga