Aksara Tifinagh

Tifinagh
Jenis
Abjad
BahasaBahasa Barbar Piawai Maghribi dan bahasa-bahasa serumpun lain
Tempoh masa
1980 hingga kini
Aksara induk
petroglif Gurun Sahara
  • Libyco-Berber
    • Tifinagh
      • Tifinagh
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Tfng, 120
Alias Unikod
Tifinagh
Julat Unikod
U+2D30–U+2D7F
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan pemaparan yang betul, anda mungkin akan melihat tanda soal, kotak atau simbol lain dan bukan aksara Unikod. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat ms:Bantuan:IPA.

Tifinagh (ejaan lama: ⵜⵊⵉⵏⵗ, ejaan baharu: ⵜⵉⴼⵉⵏⴰⵖ; Arab: تيفيناغcode: ar is deprecated tīfīnāgh, tulisan Rumi: Tifinaɣcode: ber is deprecated ) adalah suatu sistem tulisan berabjad huruf digunakan untuk menulis bahasa-bahasa dituturkan masyarakat Barbar[1] yang mendiami kawasan Afrika Utara.

Tulisan ini dibahagikan kepada dua kaedah:

  • Tifinagh Tuareg (ⵜⵊⵉⵏⵗ ⵜⵎⵛⵇ Tifinagh Tamasheq) digunakan dalam bahasa-bahasa Tuareg di sekitar kawasan pertemuan sempadan Mali, Niger, Algeria, Libya dan Burkina Faso;
  • Tifinagh Baru (ⵜⵉⴼⵉⵏⴰⵖ ⴰⵎⴰⵢⵏⵓ Tifinagh Amaynu) dikembangkan Institut Diraja Budaya Amazigh Maghribi untuk bahasa-bahasa setempat di negara tersebut.

Sistem tulisan Tuareg

Cara penulisan ini tidak menekankan bunyi vokal lalu hanya bunyi konsonan asas sahaja yang diutamakan, ia boleh diibaratkan seperti tulisan bahasa Arab yang sering tidak bertanda harakat dalam kegunaan seharian luar bidang pembelajaran.

Sistem tulisan baharu

Kaedah baharu ini diperkenalkan pada tahun 1960 hasil kerja Akademi Barbar yang bersidang di Paris, Perancis mengambil ilham daripada cara tulisan puak-puak yang menduduk di Rif utara Maghribi dan Qaba'il di utara Algeria.

Beza ketaranya ada di mana ia turut menampilkan huruf berasingan mewakili bunyi vokal. Contohnya, nama "Wikipedia" itu sendiri ditulis mengikut nama bahasa setempat sebagai "ⵡⵉⴽⵉⴱⵉⴷⵢⴰ"[2] Wikibidya sedangkan sistem Tuareg mungkin akan menulis ia sebagai "ⵡⴽⴱⴷⵢ" atau Wkbdy jika dirumikan terus kembali.

Jadual perbandingan

Padanan IPA Sistem
Tuareg[3][4][5][6]
Sistem
Maghribi
Rumi Arab
a ا æ
b ب
d د
ض
dj
e ə
f ف
g گ
ɣ غ
h ھ
ح
i ي
j ʒ
k ک
kh خ χ
l ل
m م m
n ن
ny (ڽ‎)
ng ڭ (ڠ)
q ق q ⵆ , ⵈ
r ر r
ڕ
s س
ص
š ش ʃ (Mali)[7]
t ت
ط
u و ,ۉ
w ۉ
y ي ⵢ , ⵉ
z ⵌ , ⵣ
ژ
ž (Mali)[7]
ǧ (Niger)[8]
ʕ (Mali)[7]

Rujukan

  1. ^ To a limited extent: See Interview Diarkibkan 2008-05-03 di Wayback Machine with Karl-G. Prasse and Penchoen (1973:3)
  2. ^ sepertimana yang diberikan untuk logo Wikipedia bahasa Tamazight di Wikimedia Commons
  3. ^ Sudlow (2001:28,35–36)
  4. ^ Ridouane Ziri, Rachid. "Les différents systèmes d'écriture amazighe" (dalam bahasa French). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada August 19, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Bizari, Brahim. "Ecriture amazigh" (dalam bahasa French). Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2001. Dicapai pada August 19, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Fukui, Yusuf Yoshinori; Walett Mahmoud, Khadijatou. "Alphabets of Tamashek in Mali: Alphabetization and Tifinagh". Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2004. Dicapai pada August 18, 2012.
  7. ^ a b c Osborn, Don (2002). "Base extended-Latin characters and combinations for languages of Mali". Dicapai pada 18 Ogos 2012.
  8. ^ Enguehard, Chantal (2007). "alphabet tamajaq (arrété 214-99 de la République du Niger)" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-11. Dicapai pada 19 Ogos 2012.

Pautan luar

  • Maklumat lanjut mengenai Tifinagh di Omniglot
  • Papan kekunci maya Tifinagh
  • Tifinagh Font for Windows