AH-1 Cobra

AH-1 HueyCobra/Cobra
AH-1G Cobra di Vietnam
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Bell Helicopter
Penerbangan sulung 7 September 1965
Mula digunakan 1967
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Pertahanan Diri Jepun
Tentera Darat Republik Korea
Tentera Udara Israel
Dikeluarkan 1967-kini
Jumlah dibina 1,116 buah
Kos seunit AS$ 11.3 juta pada 1995 (AH-1 HueyCobra)[1]
Dibangunkan dari UH-1 Iroquois
Kelainan AH-1 SuperCobra
Bell 309 KingCobra

Helikopter AH-1 Cobra adalah sejenis helikopter penyerang dua anak kapal yang boleh beroperasi sama ada di darat ataupun di laut. Helikopter ini memberikan bantuan serangan rapat untuk pasukan tentera khususnya di dalam peranan anti kereta kebal, iringan bersenjata dan peninjauan.

Helikopter ini lahir daripada pengalaman yang diperolehi semasa perang Vietnam. Kejayaan helikopter Huey yang dipasangkan senjata roket dan mesingan mendorong tentera Amerika Syarikat untuk mencuba penggunaan helikopter penyerang yang khusus, Akhirnya helikopter AH-1F dikeluarkan menggunakan enjin, sistem gear dan sistem rotor helikopter UH-1 tetapi diberikan pengubahsuaian menjadi helikopter penyerang khususnya dengan fiuslaj yang tirus dan tempat juru terbang yang disusun cara tandem. Helikopter ini juga menjadi ikon perang Vietnam. Helikopter ini berjaya memenuhi keperluan tentera Amerika untuk sebuah helikopter yang pantas, ringan dan boleh mensasarkan ordnans dengan tepat.

Apabila program Lockheed Cheyenne gagal mencapai matlamatnya, tentera Amerika Syarikat memilih helikopter AH-1 sebagai alternatif. Model AH-1G Cobra menggunakan rotor lebar, dan boleh terbang dua kali lebih laju daripada helikopter Huey dan boleh berlegar 3 kali lebih lama.

Spesifikasi

AH-1G HueyCobra

Data dari Modern Military Aircraft[2]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 - juruterbang / penembak
  • Panjang: 44 kaki 5 in (13.4 m)
  • Diameter rotor: 44 kaki (13.4 m)
  • Tinggi: 13 kaki 5 in (4.1 m)
  • Berat kosong: 6,073 lb (2,754 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 9,500 lb (4,309 kg)
  • Loji kuasa: 1× AVCO Lycoming T53-L-13 turboshaft, 1,100 shp (820 kW)
  • Sistem rotor: 2 bilah pada rotor utama

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 190 knots (219 bsj, 352 km/j)
  • Jarak: 310 batu nautika (357 mi, 574 km)
  • Lelangit khidmat 11,400 kaki (3,475 m)
  • Kadar kenaikan: 1,230 kaki/min (6.25 m/s)

Persenjataan

  • 2x 7.62 mm (0.308 in) Minigun laras berbilang, atau 2x pelancar bom 40 mm M129, atau satu pada setiap, pada turet M28
  • Roket 2.75 in (70 mm) - 7x roket dipasang pada pelancar M158 atau 19x roket pada pelancar M200
  • M18 7.62 mm pod Minigun atau sub sistem persenjataan XM35 dengan meriam XM195 20 mm

AH-1F "Modernized" Cobra

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 - Juruterbang / penembak
  • Panjang: 44 kaki 7 in (13.6 m)
  • Diameter rotor: kaki (m)
  • Tinggi: 13 kaki 5 in (4.1 m)
  • Berat kosong: 6,600 lb (2,993 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 10,000 lb (4,500 kg)
  • Loji kuasa: 1× AVCO Lycoming T53-L-703 turboshaft, 1,800 shp (1,300 kW)
  • Sistem rotor: 2 bilah pada rotor utama

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 149 knots (172 bsj, 277 km/j)
  • Jarak: 274 batu nautika (315 mi, 510 km)
  • Lelangit khidmat 12,200 kaki (3,720 m)
  • Kadar kenaikan: 1,620 kaki/min (8.2 m/s)

Persenjataan

  • M197 3-laras 20 mm meriam "gaya-Gatling"
  • Roket Hydra 70 2.75 in (70 mm) - 7x roket dipasang pada pelancar M260 atau 19x roket pada pelancar M261 [3]
  • Peluru berpandu TOW - 4 atau 8x peluru berpandu yang dipasang pada 2 pelancar pada setiap tenggekan
  • l
  • b
  • s
Pesawat yang dikeluarkan oleh Bell Aircraft dan Bell Helicopter
Pesawat pejuang
YFM-1 · XFL · P-39 · P-59 · P-63 · XP-77 · XP-83
Helikopter penyerang
207 · AH-1 Cobra · AH-1 SuperCobra · 309 · YAH-63 · AH-1Z Viper
Helikopter tentera
H-13 · UH-1 · UH-1N · UH-1Y · TH-57 · OH-58 · TH-67 · ARH-70
Helikopter komersil
47 · 204 · 205 · 206 · 210 · 212 · 214 · 214ST · 222 · 230 · 407 · 412 · 427 · 429 · 430
Tiltrotor
V-22 · BA609 · TR918 · QTR
Helikopter tidak dikeluarkan
400 · 417 · 440
Pesawat ujian
X-1 · X-2 · X-5 · X-20 · X-22 · XF-109 · XP-52 · XV-3 · XV-15 · 201 · 533
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan
  1. ^ Military aircraft prices
  2. ^ Gunston, Bill: The Illustrated Encyclopedia of the World's Modern Military Aircraft, ms 205. Crescent Books, New York, NY USA, ca. 1978. ISBN 978-0-517-22477-9
  3. ^ U.S. Army Helicopter Weapon Systems